28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Drama Pendek Raya ‘Luluh’ Sarat Emosi & Pengajaran, Lakonan Syafie Naswip Meruntun Hati

    Shopee Sale



    Sebuah drama pendek bersempena Aidilfitri yang sarat dengan emosi berjudul ‘Luluh’ lakonan hebat Syafie Naswip dan Aznah Hamid berjaya meruntun hati ramai penonton.

    ‘Luluh’

    Diarahkan oleh Raja Azrey, naskhah berdurasi 22 minit ini mengangkat tema kehilangan, keinsafan dan nilai kasih sayang yang sering dipandang enteng.

    Mengambil ilham cerita orang di sekeliling, Azrey selaku sutradara berkata, proses pembikinan ‘Luluh’ bukan sekadar mencipta sebuah cerita, tetapi memahami keinginan dan emosi yang ingin disampaikan.

    Setiap kali berbual dengan individu yang berkongsi pengalaman atau isu tertentu, idea akan terpecah serta-merta, perkara itu membolehkan saya menyiapkan skrip dalam tempoh singkat, kadangkala hanya sehari atau dua hari.

    Setiap tahun, tanggungjawabnya semakin besar. Iklan raya Arora Skincare sudah mempunyai pengikut setia, bermula dengan Pantang (2023), diikuti oleh Egois (2024) dan kini Luluh (2025).

    Dengan setiap tahun yang berlalu, tekanan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kuat dan berbeza semakin tinggi. Bagi menghasilkan naskhah kali ini, perbincangan bersama pengasas Arora Skincare menjadi titik permulaan.

    Walaupun pengasas sendiri tidak pasti tentang konsep yang ingin diketengahkan, beliau mempunyai isu dan luahan yang boleh dijadikan inspirasi. Melalui sesi perbincangan itu, lahirlah ‘Luluh’ sebuah kisah yang membawa penonton keluar daripada kebiasaan iklan raya, dengan impak yang lebih mendalam.

    Selain Syafie Naswip dan Aznah Hamid, ‘Luluh’ turut dibintangi dua pendatang baharu iaitu Riez Radzi dan Lina Illina.

    Sinopsis

    Iman (Syafie Naswip) ialah seorang anak yang penuh tanggungjawab dan sayang terhadap ibunya, Mak Leha(Aznah Hamid). Namun, tanpa disangka, satu kesilapan kecil yang tidak disengajakan telah meragut insan yang paling disayangi.

    MENARIK:  Ruhainies Kongsi Pertanyaan Kepada Tuhan Apabila Ada Individu Benci & Cuba Menjatuhkan Seseorang

    Tidak seperti kisah klise yang memaparkan konflik terang-terangan antara anak dan ibu, ‘Luluh’ mengetengahkan bagaimana tindakan yang diambil mudah tanpa disedari boleh membawa kesan yang mendalam.

    Dalam perjalanannya menanggung rasa kehilangan, Iman bertemu dengan pasangan suami isteri, Farhan (Riez Radzi) dan Aida (Lina Illina), yang sedang berada di ambang membuat kesilapan sama.

    Kata-kata Iman yang penuh makna, “waktu tidak menunggu sesiapa. Ia terus berjalan, tanpa menghiraukan siapa yang tertinggal. Hanya mereka yang tersisa, yang harus menanggung akibat dari keputusan yang pernah diambil.”

    Menyentuh perasaan

    Menerusi iklan ini, Syafie sekali lagi membuktikan kematangannya sebagai pelakon dengan membawakan watak penuh emosi dan kesan mendalam. Aznah Hamid, dengan pengalaman luasnya, melengkapkan kisah ini dengan lakonan yang cukup menyentuh perasaan.

    Meskipun membawa watak sampingan, Riez Radzi dan Lina Illina bukan sekadar pelengkap cerita, tetapi menjadi pemacu kepada kesedaran dan keinsafan dalam kisah ini. Gabungan mereka menjadikan ‘Luluh’ lebih kuat dan bermakna.

    ‘Luluh’ ini mengingatkan kita betapa pentingnya menghargai masa dengan insan tersayang. Terkadang, kita terlalu yakin masih ada esok untuk memperbaiki segalanya, tanpa menyedari bahawa sesetengah peluang tidak akan datang kembali.

    Sekadar info, ‘Luluh’ sudah mula ditayangkan bermula 21 Mac 2025 di saluran YouTube rasmi Arora Skincare HQ.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah