31.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Yang sakit PM, yang tak buat kerja ahli parlimen pembangkang’

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kesal dengan tindakan ahli parlimen pembangkang memboikot perbahasan Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) hari ini.

    Wakil rakyat Muda itu menegaskan pembangkang gagal memperjuangkan kepentingan lebih 10 juta pendeposit institusi itu.

    Sehubungan itu, dia membantah keputusan ahli parlimen yang berupaya hadir tetapi memilih untuk tidak menunaikan tanggungjawab berbahas hanya kerana perdana menteri tidak sihat dan tidak dapat menghadiri sidang khas tersebut.

    "Saya setuju perdana menteri perlu jawab bila dia kembali sihat. Saya juga setuju agak banyak kritikan yang legimate berkenaan cara kerajaan menguruskan negara dan pelan pemulihan Tabung Haji.

    "Tetapi Muar tidak setuju tanggung jawab 221 ahli parlimen yang sihat walafiat perlu terhenti hanya kerana seseorang perdana menteri kurang sihat.

    "Parlimen bukan one man show, yang sakit perdana menteri tetapi yang tidak buat kerja kita pula, yang dibayar puluhan ribu ringgit gaji, pencen confirm dapat dan pada masa sama dapat macam-macam elaun hanya untuk memainknan perananan semak dan imbang tetapi kita gagal melaksanakan perananan tersebut," katanya ketika berbahas pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

    Semalam, Anwar selamat menjalani prosedur pembezahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia) dan kini masih menjalani rawatan fisioterapi.

    Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata RCI Tabung Haji ini bukan milik mana-mana perdana menteri dan ia juga bukan milik mana-mana parti.

    "Jika ada fakta, bahas. Jika ada salah, bongkarkan. Sangat malang sekali kita di pihak pembangkang yang paling lantang membawa nama Melayu-Islam memilih untuk memboikot perbahasan mengenai institusi terpenting bagi golongan Melayu-Islam.

    MENARIK:  Kemenangan Joohari akan beri imej baik kerjasama PH-BN: Zahid

    "Kita bukan memboikot perdana menteri, kita sedang memboikot amanah kita kepada jutaan pendeposit TH," katanya lagi.

    Terdahulu wakil rakyat pembangkang memilih untuk keluar sekali gus memboikot daripada Dewan Rakyat selepas permintaan mereka untuk menangguhkan sidang khas tersebut.

    Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan pada awalnya tampil membangkitkan Peraturan Mesyuarat agar sidang khas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) ditangguh susulan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak dapat menghadiri sesi hari ini atas faktor kesihatan.

    Sekumpulan wakil rakyat PAS dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) bertindak keluar dewan sebaik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan bangun untuk memulakan sesi penerangan laporan RCI TH.

    Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul kemudian memutuskan ia tetap diteruskan seperti dijadualkan hari ini walaupun tanpa kehadiran Anwar.

    Sementara itu, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan isu berkaitan Tabung Haji (TH) perlu dibincangkan secara menyeluruh di Dewan Rakyat dengan Anwar.

    Katanya, atas alasan itu sebahagian ahli parlimen PN, khususnya daripada PAS dan Wawasan, memboikot sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH hari ini.

    "Pendirian ini bukan soal enggan membahaskan isu Tabung Haji. Sebaliknya, ia berkaitan dengan keperluan memastikan satu isu yang begitu besar kepentingannya kepada umat Islam dan para pendeposit Tabung Haji dibincangkan dalam sidang khas yang benar-benar bersifat substantif dengan kehadiran perdana menteri sendiri," tegasnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah