29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nak bahas tentang saya atau Tabung Haji, sindir Anwar

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyindir tindakan pembangkang memulaukan sidang khas berkaitan Tabung Haji susulan ketiadaanya dalam Dewan Rakyat kerana sedang mendapatkan rawatan hospital.

    “Nak bahas tentang saya, atau nak bahas tentang Tabung Haji? 

    “Nak ambil tahu tentang saya, atau nak ambil tahu tentang pengkhianatan terhadap Tabung Haji?” soal Anwar, yang menjalani pembezahan bagi merawat hernia perut semalam.


    Baca: ‘Sakau’ atau tak? Ini 5 inti pati RCI Tabung Haji, nilai sendiri


    Menulis di media sosial, Anwar mempersoalkan kenapa masih ada drama politik ketika “orang Melayu-Islam dikhianati”.

    “Apatah lagi datang dari pihak yang melaung-laungkan tentang Melayu Islam,” katanya.

    MENARIK:  Sesi PDPR pelajar di daerah Kota Setar dan Pendang berjalan lancar

    “Apakah PN yang ditunjangi PAS tidak pentingkan kepentingan orang susah, nelayan, petani, guru, polis, tentera, pesara yang mengerah keringat untuk menyimpan wang dalam Tabung Haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima?

    Kecuali Bersatu, wakil rakyat pembangkang pagi ini keluar Dewan Rakyat selepas permintaan mereka untuk menangguhkan sidang khas ditolak.

    Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan mahu menangguhkannya kerana Anwar tidak dapat menghadiri sesi hari ini.

    Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menolaknya kerana Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan menteri-menteri hadir dan boleh mewakili kabinet.

    Anwar dijangka berada bawah pemantauan selama dua hari selepas rawatan semalam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah