30.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ahmad Zahid ajak rakyat doakan Anwar sembuh segera

    Shopee Sale

    Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan kesembuhan segera buat Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang kini sedang berehat selepas menjalani prosedur pembezahan kecil.

    Ahmad Zahid berkata beliau dimaklumkan oleh Anwar mengenai prosedur rawatan tersebut pada Selasa lepas dan yakin Perdana Menteri hanya memerlukan tempoh rehat yang singkat sebelum kembali bertugas.

    "Kita sama-sama doakan agar kesembuhan dapat memberikan keselesaan kepada beliau untuk terus bertugas demi negara dan rakyat keseluruhannya.

    "Walau sekecil mana pun (pembezahan), beliau memerlukan downtime sekurang-kurangnya dua hari," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli (NSPSDHOA) 2026-2035 di Kampung Air Banun di Gerik hari ini.

    MENARIK:  Rundingan DOJ: Jho Low akan serahkan karya Warhol, Monet 

    Terdahulu, Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata Anwar selamat menjalani prosedur pembezahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia) hari ini.

    Beliau berkata prosedur berkenaan berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan dan Anwar kini sedang menjalani rawatan fisioterapi.

    "Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik," katanya. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah