31.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rancang Tak Bagi Telefon Pintar Sampai Umur 18 Tahun, Ini Cara Fiza Frizzy Kawal Gajet Anak

    Shopee Sale

    Membesarkan anak dalam era digital mungkin menjadi antara cabaran terbesar yang dihadapi ibu bapa hari ini.

    Telefon pintar, tablet, televisyen dan media sosial kini menjadi sebahagian daripada rutin harian kanak-kanak sehingga ramai ibu bapa mengakui sukar mengawal masa skrin anak-anak.

    Namun bagi hos karpet merah Anugerah Juara Lagu 40, Fiza Frizzy, setiap keluarga masih mempunyai pilihan dalam menentukan batasan penggunaan gajet di rumah.

    ARTIKEL BERKAITAN: Gentle Parenting Atau Cara Lama? Fiza Frizzy Pilih Jalan Tengah Didik Anak, Masih Guna Rotan!

    ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kalau Kawan Baik, Saya Okay Je Nak Bagi Pinjam’ – Fiza Frizzy Pesan Jangan Mudah Percaya Orang

    Tegas Dengan Anak-Anak

    Sebagai ibu kepada tiga cahaya mata, Fiza mengakui dia menetapkan peraturan yang agak tegas demi memastikan anak-anak lebih banyak berinteraksi dengan dunia sebenar berbanding skrin.

    “Kalau gajet memang saya kawal. Anak-anak saya cuma boleh main gajet pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, itu pun dua jam. Hari lain memang tak boleh. Mereka pun tak ada telefon sendiri.”

    Lebih mengejutkan, Fiza mengakui dia tidak bercadang memberikan telefon pintar kepada anak-anak selagi mereka belum mencapai usia 18 tahun.

    Walaupun menyedari keputusan itu mungkin sukar dilaksanakan dalam dunia yang semakin bergantung kepada teknologi, dia tetap mahu berusaha selagi termampu.

    “Saya cuba. Memang saya cuba. Sekarang memang zaman gajet, tapi kita sebagai ibu bapa kena cuba kawal mana yang kita mampu.”

    Menurut Fiza, kawalan itu bukan hanya melibatkan telefon pintar. Di rumah, penggunaan televisyen juga dipantau dengan rapi.

    Cabut Plug TV

    Malah, dia tidak menyediakan akses bebas kepada YouTube dan akan mengambil langkah lebih tegas sekiranya merasakan anak-anak terlalu leka dengan skrin.

    “Kadang-kadang saya cabut terus plug televisyen. Biar mereka tak boleh tengok. Saya nak mereka lebih banyak bermain sesama adik-beradik.”

    Bagi Fiza, hubungan antara adik-beradik adalah sesuatu yang perlu dibina sejak kecil.

    Daripada membiarkan masa dihabiskan di hadapan skrin, dia lebih gemar melihat anak-anak mencipta kenangan bersama melalui permainan, perbualan dan aktiviti fizikal.

    MENARIK:  Azlan Komeng Luah Rasa Cinta Pada Nur Nilam, Netizen Tegur – ‘Apabila Suami Nak Kahwin Lain, Itu Bermakna Dia Dah Tak Sayang Isteri’

    Sebab itu juga dia tidak pernah menghalang mereka mencuba pelbagai aktiviti luar.

    Bola sepak, karate dan muay thai antara kelas yang disertai anak-anaknya sebagai cara mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih bermanfaat.

    “Mereka nak main bola, kita hantar. Nak pergi karate, kita hantar. Nak cuba muay thai pun kita sokong.”

    Menariknya, walaupun dua anak lelakinya menunjukkan minat mendalam terhadap bola sepak, Fiza tidak pernah melihat sukan itu sebagai jaminan masa depan.

    Sebaliknya, dia mahu anak-anak terus memberi keutamaan kepada pelajaran tanpa mematikan minat yang mereka miliki.

    “Saya sokong kalau mereka minat bola sepak. Tapi pelajaran tetap nombor satu. Minat itu biarlah berkembang seiring dengan pendidikan.”

    Beri Anak Peluang Buat Pilihan

    Bagi Fiza, ibu bapa tidak seharusnya menentukan seluruh kehidupan anak-anak. Atas sebab itu, dia sudah mula memberi peluang kepada mereka membuat pilihan sendiri sejak usia yang masih kecil.

    Daripada memilih pakaian sehinggalah menentukan destinasi percutian keluarga, anak-anak diberi ruang untuk menyuarakan pendapat.

    “Anak saya umur tiga tahun pun saya dah tanya dia nak pakai baju apa. Nak pergi mana bercuti pun kami tanya mereka dulu. Saya nak mereka belajar membuat keputusan sendiri.”

    Bagi sesetengah ibu bapa, pendekatan itu mungkin kelihatan bertentangan dengan ketegasannya mengawal penggunaan gajet.

    Tegas Fiza, kedua-duanya saling melengkapi. Dia percaya anak-anak memerlukan disiplin dalam perkara yang boleh memudaratkan mereka, tetapi pada masa sama perlu diberi kepercayaan untuk membina keyakinan dan belajar membuat pilihan sendiri.

    Hakikatnya, tiada ibu bapa yang mampu menghapuskan teknologi daripada kehidupan anak-anak.

    Namun bagi Fiza, jika masa bersama keluarga masih boleh diisi dengan gelak tawa, aktiviti luar dan perbualan tanpa gangguan skrin, itu sudah cukup menjadi kemenangan kecil dalam dunia yang semakin dikuasai gajet.

    The post Rancang Tak Bagi Telefon Pintar Sampai Umur 18 Tahun, Ini Cara Fiza Frizzy Kawal Gajet Anak first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah