28.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ribut badai Kg Yak Yah, Kemaman: Sembilan rumah, sebuah surau rosak

    Shopee Sale

    Sembilan rumah dan sebuah surau rosak dalam kejadian ribut di Kampung Yak Yah, Ibok, Kijal dekat Chukai petang semalam.

    Seorang penduduk yang terjejas Abu Bakar Ismail, 77, berkata kejadian itu berlaku ketika dia bersama isteri dan enam anak, lima menantu dan 13 cucu berada di dalam rumah, sebelum sebatang pokok durian tumbang dan menghempap rumahnya.

    Katanya, ketika itu keadaan hujan lebat dan angin kencang.

    “Kami semua bergegas keluar dari rumah menyelamatkan diri selepas terdengar dentuman kuat di bahagian bumbung dapur rumah,” katanya.

    Mohamad Ikmal Hafiz Arif, 29, pula berkata ketika kejadian dia sedang tidur di dalam bilik rumahnya manakala ibu dan bapa serta adik beradik lain pergi menziarah saudara-mara sempena Aidiladha.

    Katanya, dia tersedar daripada tidur selepas terdengar bunyi bising yang kuat di bahagian bumbung.

    MENARIK:  Wan Ji bebas hari ini, mulakan hari dengan kuliah Sahih Bukhari

    “Saya terkejut apabila melihat semua bumbung rumah di dalam bilik dan ruang tamu diterbangkan angin kencang dan saya kemudian segera keluar menyelamatkan diri untuk mengelakkan berlaku kejadian lebih buruk," katanya.

    Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Razali Idris berkata kejadian ribut itu berlaku ketika hujan lebat pada 4.30 petang, menyebabkan kebanyakan rumah mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung manakala dua rumah rosak akibat dihempap pokok, namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

    "Sebanyak 32 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Ibok setelah dibuka pada 7 malam," katanya ketika ditemui di Kampung Yak Yah, Ibok hari ini.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah