32.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ’40 Saat Sebelum Naik Pentas, Baru Gari Dibuka’ – Ameng Imbas Peristiwa Dikeluarkan Sekejap Dari Penjara Untuk Buat Persembahan

    Shopee Sale

    Penyanyi, Ameng mengimbas kembali pengalaman ketika dilepaskan dari penjara buat sementara waktu bagi menjayakan persembahan dalam program Kilauan Emas pada tahun 2015.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Digari Depan Itu Kes Ringan, Kalau Belakang Melibatkan Kes Berat’ – Ameng Spring

    Keluar penjara sekejap

    Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin bin Wan Ismail, 56, berkata idea kemunculannya dalam program tersebut bukan datang daripada pihak penjara mahupun dirinya sendiri, sebaliknya dicetuskan oleh pihak Astro.

    Menurutnya, pihak stesen tersebut memohon kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membolehkan dia membuat persembahan dan permohonan itu diluluskan dengan beberapa syarat perlu dipatuhi.

    Idea muncul di Kilauan Emas bukan daripada pihak penjara tetapi pihak Astro. Bukan juga permintaan daripada saya mahupun isteri.

    Astro mohon dengan KDN, kebetulan ketika itu Menteri Dalam Negeri adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beliau sangat sporting serta membenarkan perkara itu.

    Tambah Ameng lagi, walaupun kebenaran diberikan, dia tetap perlu mematuhi pelbagai syarat keselamatan sepanjang berada di luar penjara.

    Antara syaratnya, saya boleh keluar dari penjara tetapi masih memakai gari dan pakaian penjara. Saya juga tidak dibenarkan bergambar atau berjumpa dengan orang awam.

    Saya tidak boleh duduk bersama artis lain dan Astro perlu menyediakan bilik khas untuk saya. Surau dan tandas juga tidak boleh dikongsi, malah makanan perlu disediakan secara berasingan.

    Di luar bilik itu, ada empat pengawal keselamatan bersenjata. Astro bersetuju dengan semua syarat yang ditetapkan KDN.

    Kongsi Ameng lagi, gari hanya dibuka seketika sebelum beliau naik ke pentas dan ketika kemunculannya itu, ahli keluarga terdekat termasuk isterinya juga tidak dibenarkan berjumpa secara langsung.

    Gari dibuka kira-kira 40 saat sebelum saya naik ke pentas. Sebelum itu memang tidak dibenarkan buka.

    Waktu saya muncul, isteri saya sendiri tidak dibenarkan berjumpa. Dia hanya boleh melihat dari tempat duduk penonton sahaja.

    Untuk rekod, Ameng pernah membuat kemunculan mengejut di pentas Kilauan Emas 2015 ketika masih menjalani hukuman penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

    MENARIK:  'Kecantikan Sejati Tidak Bergantung pada Warna Kulit' – Ika Nabella Membongkar Mitos Wanita Obses dengan Kulit Cerah

    Dalam persembahan tersebut, Ameng menyampaikan lagu popular kumpulan Spring berjudul Romantis.

    Sumber: TikTok

    The post ’40 Saat Sebelum Naik Pentas, Baru Gari Dibuka’ – Ameng Imbas Peristiwa Dikeluarkan Sekejap Dari Penjara Untuk Buat Persembahan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah