Golongan yang digelar sebagai otrovert, ialah individu yang digambarkan sebagai seseorang yang mampu bersosial seperti biasa, namun tidak terlalu mementingkan penerimaan atau keserasian dalam sesuatu kelompok.
Mereka juga tidak bergantung kepada identiti kumpulan atau pandangan orang lain untuk menentukan diri mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syatilla Melvin Dedah Shaheizy Sam Seorang Introvert & Pendiam – ‘Dia Punya Senyap Tu Sampai Dengar Bunyi Perut’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pernah Rasa Macam Tak Wujud, Tapi Saya Berubah Selepas Join Teater’ – Amerul Affendi
Personaliti otrovert
Istilah otrovert adalah sebuah konsep yang diperkenalkan oleh pakar psikiatri iaitu Rami Kaminski.
Menurut Rami, otrovert bukanlah seseorang yang mengalami masalah mental atau gangguan personaliti, mereka cuma mempunyai cara bersosial yang berbeza berbanding kebanyakan orang lain.
Tambah Rami lagi, personaliti otrovert juga tidak seharusnya disalah tafsir kerana sifat itu hanyalah sebahagian daripada keunikan karakter manusia.
Personaliti ini bukanlah satu gangguan atau masalah yang boleh dilabel atau didiagnosis.
Otrovert adalah satu sifat sama seperti mereka yang kidal.
Menurut Public Health Malaysia, golongan otrovert biasanya gemar berinteraksi dan meluangkan masa bersama orang sekeliling, namun pada masa sama tetap memerlukan ruang bersendirian.
Otrovert mengimbangi dua dunia. Mereka perlukan teman dan rangsangan, tetapi dalam masa yang sama, kesunyian adalah terapi yang tak boleh diganti.
Sosial di luar, tetapi kesendirian adalah kunci pemulihan di dalam.
Berikut adalah antara ciri-ciri seseorang yang memiliki personaliti otrovert:
- Suka bersosial
- Suka tenang
- Fleksibal
- Seimbang
- Perlu masa bersendiri
- Cari rangsangan
- Suka pengalaman baru
Disamping itu, individu otrovert kebiasaannya lebih mengutamakan hubungan yang benar-benar ikhlas dan berkualiti berbanding memiliki ramai kenalan.
Mereka juga selesa bersama kelompok kecil, serta mempunyai sifat berdikari dan ketahanan emosi yang baik.
Kesimpulannya, sifat otrovert memperlihatkan bahawa setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan dunia sekeliling.
Walaupun mereka mampu bersosial dan kelihatan mesra di hadapan orang ramai, golongan ini tetap memerlukan ruang peribadi untuk menjaga keseimbangan emosi dan mental.
Personaliti seperti ini juga tidak seharusnya dianggap pelik atau bermasalah, sebaliknya perlu difahami sebagai salah satu sifat manusia yang menjadikan setiap individu berbeza antara satu sama lain.
Sumber: Public Health Malaysia, Rami Kaminski
The post Bukan Introvert Atau Extrovert, Ini Penjelasan Tentang Personaliti Otrovert first appeared on OHBULAN!.





