32.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wartawan berperanan penting perkukuh demokrasi, salur maklumat sahih – TPM

    Shopee Sale

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menzahirkan penghargaan kepada seluruh wartawan, pengamal media dan petugas industri penyiaran atas dedikasi mereka menyampaikan maklumat tepat, sahih dan berintegriti kepada rakyat sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.

    Beliau berkata perananan wartawan amat besar dalam memperkukuh demokrasi serta membina masyarakat berilmu dan berinformasi, khususnya ketika landskap media kini semakin mencabar dan pantas berubah.

    "Dalam landskap media yang semakin mencabar dan pantas berubah, perananan wartawan bukan sekadar menyampaikan berita, malah menjadi jambatan penting antara rakyat dan kerajaan," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya sempena HAWANA 2026, hari ini.

    Fadillah berkata media yang bebas, bertanggungjawab dan beretika merupakan rakan strategik negara dalam memastikan kestabilan, keharmonian dan kemajuan Malaysia terus dipelihara.

    Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap pengorbanan wartawan yang sentiasa berada di lapangan termasuk ketika bencana dan krisis demi memastikan rakyat memperoleh maklumat sahih dan seimbang.

    Beliau berkata dalam era digital hari ini, cabaran penyebaran maklumat palsu, fitnah serta budaya sensasi menuntut warga media terus berpegang kepada prinsip kewartawanan yang berasaskan fakta, integriti dan kebertanggungjawaban.

    MENARIK:  Rodziah: Saya akan terus bekerja, kerusi Ampang bukan milik mana-mana individu

    Fadillah berkata kerajaan sentiasa mengiktiraf perananan penting institusi media dalam pembangunan negara, manakala sinergi erat antara kerajaan dan pengamal media mampu membantu menyampaikan dasar serta agenda pembangunan negara dengan lebih berkesan kepada rakyat.

    Beliau turut berharap industri media negara terus berkembang seiring kemajuan teknologi tanpa mengabaikan nilai etika, profesionalisme dan kemanusiaan.

    "Wartawan bukan sahaja pencatat sejarah, malah antara individu penting dalam membentuk pemikiran masyarakat dan masa depan negara," katanya.

    Sambutan HAWANA 2026 dijadual berlangsung di Pulau Pinang pada 20 Jun ini yang mengangkat tema "Media Berintegriti, Teras Kredibiliti" bagi memperkasa perananan pengamal media dalam pembangunan negara.

    Majlis kemuncak sambutan tahunan bagi menghargai jasa golongan pengamal media itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah