Pelakon Mimi Lana, berkongsi tentang perubahan sikap suaminya yang juga aktor Syafiq Kyle selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Netizen Syak Mimi Lana Beri ‘Hint’ Hamil? Kapsyen ‘Mum & Dad’ Cetus Spekulasi
Artikel Berkaitan: Mimi Lana ‘Uninstall’ Aplikasi Threads, Jaga Kesihatan Mental – ‘Saya Akan Berehat Seketika’
Keperibadian Syafiq
Menerusi audio siar Sembang Seram, Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, berkata, sebelum bergelar isteri dia sering mengajak Syafiq untuk melancong bersama, namun aktor itu akan menolak kerana mereka belum berkahwin.
Bagaimanapun, Mimi mengakui percutian menjadi lebih manis apabila dia dan Syafiq sudah mempunyai ikatan yang sah.
Semasa bercinta saya pernah ajak Syafiq melancong bersama, tetapi dia tak mahu pergi. Katanya, selagi belum berkahwin dia tak mahu pergi melancong dengan saya.
Jadi, selepas berkahwin, saya rasa perkara paling best sekali adalah apabila dapat melancong dengan dia.
Bukan itu sahaja, pelakon filem Polong turut menyifatkan dirinya bertuah kerana Syafiq sentiasa menunaikan setiap keinginannya sejak bergelar isteri kepada aktor berkenaan.
Dulu sebeum kahwin saya rasa dia kedekut. Selama sembilan tahun bercinta, saya boleh bilang berapa kali sahaja dia bagi saya bunga atau hadiah.
Itu pun hari jadi saya dia tak ingat. Tetapi dia selalu cakap pada saya, ‘kita tak kahwin lagi.’
Saya percaya lelaki kalau sebelum kahwin tak buat mesti lepas kahwin pun sama. Tetapi bila saya dah kahwin dengan dia, saya minta apa sahaja semua saya dapat.
Komen netizen


Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan keperibadian Syafiq yang menjaga batas sebelum berkahwin dan sangat menghormati momen bersama isteri.
Dalam masa yang sama, warganet juga memuji Mimi yang dilihat banyak bersabar dan memahami sikap Syafiq sepanjang menjalinkan hubungan cinta bersama.
Untuk rekod, Mimi dan Syafiq sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Taiping, Perak pada 14 Februari tahun lalu.
Sumber: Sembang Seram, Threads
The post [VIDEO] ‘Kita Tak Kahwin Lagi’ – Mimi Lana Kongsi Prinsip Syafiq Kyle, Kini Nikmati Manis Bergelar Isteri first appeared on OHBULAN!.





