28.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Disahkan Hidap Diabetes Selepas Derita SLE, Pempengaruh Luah Rasa Sedih – ’24 Tahun Tak Minum Manis, Macam Mana Saya Nak Nikmati Hidup?’

    Shopee Sale



    Pempengaruh media sosial, Mira Rosli atau lebih dikenali sebagai Mira Kuku meluahkan rasa sebak mengenangkan nasib dirinya yang menghidap pelbagai penyakit sehingga ‘hilang’ nikmat untuk merasai minuman berkarbonat.

    Menangis disahkan hidap diabetes

    " data-video-id="7462597682163502356">
    @aira_huz #mira #mirakuku #mirakukuviral #kuihkapit #viral #mirakukufans #fyp? #semperit #mirakuku ? original sound – ????

    Menerusi penstriman langsung yang dikongsikan semula di TikTok, Mira yang baru sahaja disahkan menghidap penyakit diabetes itu dilihat menangis di hadapan suaminya, Dr Raiman.

    Mira yang mempunyai hampir 1 juta pengikut di TikTok seakan tidak dapat menerima kenyataan tersebut dan merasai kehidupannya tidak adil sedangkan selama ini dia telah menjaga pemakanannya dengan baik.

    24 tahun hidup saya tak pernah minum manis, Salah ke? Saya tak minum manis tapi saya yang kena kencing manis.

    Berilah peluang kepada saya rasa minuman manis (berkarbonat). Lepas ini saya tidak akan minum manis. Saya nak makan ayam tak boleh, Kyochon tak boleh, makan telur tak boleh.

    Luah Mira lagi, disebabkan keadaan kesihatannya itu, dia tidak boleh menikmati makanan kegemarannya sebaliknya terpaksa berpantang dan hanya dibenarkan makan nasi bersama sayur brokoli dan ikan sahaja.

    Macam mana saya nak nikmati hidup saya?

    Cuba awak jaga makan macam saya. Makan nasi, brokoli, ikan, boleh ke hari-hari?

    Difahamkan, Mira menghidap Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang merupakan penyakit kronik autoimun di mana antibodi seseorang bertindak balas dengan tisu badan sendiri.

    MENARIK:  Amira Othman Tunggu Hari Bersalin, Fattah Amin Teruja Sambut Ahli Keluarga Baharu – ‘Doktor Kata Bila-Bila Masa’

    SLE boleh menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah