Personaliti media sosial, Boss James, berpandangan bahawa aliran tunai hanya dapat dikawal sekiranya usahawan tersebut mengutamakan pengurangan perbelanjaan terlebih dahulu sebelum memfokuskan kepada keuntungan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Boss James Berhabis Empat Angka Setiap Bulan Belanja Staf Makan, Netizen Doa Murah Rezeki
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Peniaga Wanita Terbaik Yang Pernah Saya Jumpa Dalam Hidup Adalah Christy Ng’ – Boss James
Utamakan pengurangan perbelanjaan
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian video di Instagram Mr.Pudin, Boss James atau nama sebenarnya James Ng, berkata, ramai yang tersilap apabila terlalu memberi tumpuan kepada keuntungan tanpa mengawal kos operasi dengan baik.
Aliran tunai hanya boleh dikawal jika kita belajar memotong perbelanjaan terlebih dahulu.
Ramai yang terlalu fokus pada keuntungan dahulu, tetapi sebenarnya perlu fokus pada perbelanjaan, potong kos terlebih dahulu, barulah mula memikirkan tentang keuntungan.
Selain itu, Boss James juga berpandangan bahawa margin keuntungan bagi perniagaan motosikal adalah kecil.
Katanya, dia turut menekankan kepentingan dalam menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang jelas sebagai penanda aras dan ukuran prestasi pekerja bagi meningkatkan jualan serta memastikan kadar pusing ganti (turnover) berjalan lancar.
Bagi saya, margin keuntungan bagi perniagaan motosikal adalah sangat kecil sehingga kita terpaksa bertahan dengan garisan keuntungan yang amat nipis.
Apa yang saya lakukan ialah menjaga perbelanjaan dengan baik dan menetapkan KPI untuk pekerja supaya jualan dapat berputar (turn over).
Jangan membazir pada perkara yang tidak perlu

Dalam pada itu, James menjelaskan bahawa margin keuntungan sekitar 15 hingga 20 peratus sudah dianggap sangat baik bagi kebanyakan perniagaan, kecuali dalam sektor tertentu seperti makanan dan minuman (F&B) yang berpotensi mencatat keuntungan bersih lebih tinggi.
Margin keuntungan minimum 15 peratus hingga 20 peratus sudah dianggap sangat baik.
Kecuali jika anda berniaga dalam sektor makanan dan minuman (F&B) yang boleh mencatat keuntungan bersih sehingga 50 peratus.
Tetapi bagi kebanyakan perniagaan, 20 peratus merupakan jumlah keuntungan yang sangat baik.
Sehubungan itu, kunci utama untuk mengelakkan kerugian dan aliran tunai negatif dalam perniagaan adalah dengan tidak membazir pada perkara yang tidak perlu.
Ujarnya lagi, ramai usahawan masa kini terlalu cepat mengejar gaya hidup mewah sedangkan perniagaan mereka baru setahun beroperasi.
Untuk mengelakkan kerugian dan aliran tunai terbalik, perkara paling penting adalah jangan membazir duit pada benda yang tidak perlu.
Sekarang, ramai orang yang baru setahun buat perniagaan sudah mahu membeli kereta berjenama seperti Ferrari atau Lamborghini.
Saya sudah bekerja 10 tahun pun masih tidak membeli G-Wagon.
Sumber: Instagram Mr.Pudin
The post [VIDEO] ‘Baru Setahun Buat Perniagaan, Sudah Beli Kereta Ferrari Atau Lamborghini’ – Boss James first appeared on OHBULAN!.





