29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Di Akhirat, Allah Tak Aibkan Dosa Orang Beriman’ – Ustaz Adnin

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, Ustaz Adnin menerangkan dosa orang beriman tidak akan dipamerkan kepada umum di akhirat kelak.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Adnin Kongsi 5 Tanda Taubat Diterima Allah SWT

    MENARIK:  [VIDEO] Izzue Islam Kurang Senang Diasak Soal Zuriat Oleh Orang Terdekat – ‘Kau Ingat Kami Tak Usaha Ke?’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Bandingkan Anak Dengan Orang Lain’ – Ustaz Adnin Beri Teguran Buat Ibu Bapa

    Akhirat

    " data-video-id="7615543125817232661" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @arrasyidinacademy

    “Di akhirat, Allah tak aibkan dosa orang beriman” @Ustaz Adnin @Dr Hanzalah Mizi #akhirat #allah #iman #aib #dosa

    ♬ original sound – Ar Rasyidin Academy – Ar Rasyidin Academy

    Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Ustaz Ahmad Adnin Roslan, 34, berkata ia berbeza pula dengan dosa orang yang tidak beriman di mana dosa mereka akan ditunjukkan pada orang ramai.

    Ustaz Adnin menegaskan bahawa konsep Yaumul Hisab di akhirat berlaku dengan cara yang berbeza mengikut keadaan individu.

    Betul (dosa ditayangkan pada umum) tetapi ada pengecualian terhadap orang beriman.

    Ketika semua orang sudah dekat padang mahsyar nanti akan berlaku Yaumul hisab di mana Allah akan audit semua manusia dan jin termasuk haiwan.

    Tetapi Yaumul hisab akan ada dua cara Allah audit, yang pertama hisab yang mudah untuk orang beriman.

    Yang kedua audit secara terperinci dan tidak akan terlepas satu pun dan yang ini untuk orang yang kafir, munafik atau fasik.

    Menjelaskan lebih lanjut, Ustaz Adnin berkata pada hisab yang mudah itu Allah akan memanggil orang beriman secara peribadi.

    Hisab yang mudah ini apabila Allah akan memanggil orang yang beriman secara peribadi dan dosa mereka tidak akan ditayangkan di khalayak ramai seperti orang kafir, munafik dan fasik.

    Allah akan berkata ‘dekat dunia aib kamu sudah ditutup dan pada hari ini dosa kamu diampunkan’.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Di Akhirat, Allah Tak Aibkan Dosa Orang Beriman’ – Ustaz Adnin first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah