33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Dah Hampir 13 Tahun Saya Jadi Ketua Keluarga, Sekarang Allah Atur Satu Perjalanan Baru’ – Janna Nick 

    Shopee Sale

    Hantaran pelakon Janna Nick menyentuh hati netizen yang melihat dirinya meluangkan masa bersama keluarga sebelum berpindah ke luar negara buat sementara waktu.

    Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Ucap Selamat Tinggal Kepada Janna Nick, Bakal Menetap Di London Selama Setahun?

    MENARIK:  ‘Boleh Cari Tukang Gunting Mahir Dengan Melihat Portfolio, Review Orang Ramai’

    Artikel Berkaitan: Janna Nick Beli Jam Rolex Sempena ‘Birthday’, Netizen Teka Harga Hampir RM100k

    Masa bersama keluarga

    " data-video-id="7548066460195671304" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @jannanickofficial

    AturanNya yang lebih indah #movingabroad

    ♬ Rahsia Tuhan – Noh Salleh

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, menitipkan pesanan buat adik beradik sepanjang ketiadaannya di Malaysia.

    Ujarnya, hampir 13 tahun dia menjadi ketua keluarga dengan melengkapkan keperluan adik beradik.

    Jaga mama, jaga rumah, adik-adik.

    Sedar tak sedar dah hampir 13 tahun saya jadi ketua keluarga. Dari adik sekolah rendah, sekarang dah nak habis belajar.

    Tambah, jaga anak-anak saudara pula. Saya hanya mahukan mereka ada persekitaraan yang selamat dan pembelajaran yang baik.

    Insya-Allah semua akan jadi anak yang baik.

    Satu yang saya tahu, mereka membesar dengan sangat cepat. Mereka akan lupakan momen ini dan menjadi dewasa.

    Tapi saya bersyukur, Allah cukupkan rezeki bukan hanya untuk saya tapi untuk semua.

    Sekarang, Allah atur satu perjalanan baru untuk saya. Allah nak saya kejar cita-cita yang tertangguh dulu.

    Dalam pada itu, Janna mendoakan agar keluarganya sentiasa dibawah jagaan Allah sementara dirinya mengejar cita-cita yang tertangguh.

    Netizen sebak

    Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat perkongsian Janna yang akan berjauhan dengan ahli keluarga. Selain itu, warganet turut mendoakan agar segala urusan Janna dipermudahkan.

    Sumber: TikTok @jannanick95

    The post [VIDEO] ‘Dah Hampir 13 Tahun Saya Jadi Ketua Keluarga, Sekarang Allah Atur Satu Perjalanan Baru’ – Janna Nick  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah