Kehadiran pempengaruh media sosial, Daehoon di Mahkamah Agama Jakarta Selatan, pada Selasa menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Isteri Kantoi Curang, Pempengaruh Minta Rahsiakan Daripada Anak – ‘Beri Waktu, Saya Akan Kembali Tersenyum’
Artikel Berkaitan: Tuntut Hak Penjagaan Anak, Daehoon Kini Dalam Proses Bercerai Dengan Jule?
Daehoon kesat air mata
Menerusi laporan media Indonesia, pemilik nama Na Daehoon ditemani pasukan peguamnya dan rakan baik, Jehian, iaitu abang kandung kepada YouTuber Jerome Polin, yang juga merupakan pengasas syarikat pengurusan yang menaungi Daehoon.
Tetapi apa yang mencuri perhatian ramai adalah rakaman di mana Daehoon yang duduk di kerusi tertunduk dan menangis sambil mengesat air matanya.
Susulan daripada itu, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepada Daehoon agar lelaki itu diberi kekuatan dan ketabahan dalam membesarkan tiga anaknya. Mereka juga mendoakan agar segala urusan Daehoon dipermudahkan.
Difahamkan, Daehoon enggan memberi sebarang kenyataan kepada pihak media berhubung rumah tangganya mahupun isu perceraiannya dengan Jule.
Prosiding pertama perceraian Daehoon dan Julia Prastini atau Jule ditangguhkan selepas Jule, selaku pihak termohon, tidak hadir pada prosiding mediasi yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa (18 November).
Susulan itu, prosiding seterusnya dijadualkan dua minggu kemudian, iaitu pada 2 Disember 2025, dengan agenda yang sama iaitu sesi mediasi antara kedua-dua pihak.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Daehoon Tertunduk Menangis Di Mahkamah Ketika Prosiding Cerai, Netizen Luah Rasa Simpati first appeared on OHBULAN!.



– sadvibes

