29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Erra Fazira Mengaku Lebih Terbuka Kongsi Momen Romantis Dengan Mr. E – ‘Nothing To Hide’

    Shopee Sale



    Erra Fazira

    Semakin terbuka berkongsi momen romantis dalam media sosial, primadona terkenal, Erra Fazira mengakui tiada apa yang perlu disembunyikan lagi mengenai hubungannya dengan ahli perniagaan dikenali sebagai Mr. E atau Ezwan Zain.

    ‘Tiada istilah sorok’

    Erra Fazira

    Bersikap matang selari dengan usia, Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 51, berkata, perkongsian yang dimuat naik untuk tatapan umum dirasakan tidak keterlaluan dan masih menjaga batas.

    Pada usia sekarang, ‘nothing to hide’ (tiada istilah nak sorok) atau main tarik tali. Kalau cakap semakin terbuka, ya. Saya lebih yakin, mungkin sebab faktor usia.

    Saya pun tidaklah keterlaluan dan mahu nikmati sahaja kehidupan ketika ini.

    Erra berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan tayangan perdana Raya Astro 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di Bandar Utama, pada Rabu.

    Amin doa peminat

    Erra Fazira

    Dalam pada itu, Erra mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya.

    Allahuakbar, itu yang saya harapkan iaitu doa yang baik-baik daripada orang ramai. Saya pun bukan nak terbuka sangat sebab saya juga sayangkan privasi sendiri.

    Namun ada ketika, saya nak melalui kehidupan normal, jadi kepada mereka yang mengikuti dan mendoakan, terima kasih serta teruskan doa.

    Diusik adakah Syawal tahun ini merupakan yang terakhir beraya solo, Erra menjawab ringkas “kita aminkan doa itu (raya terakhir solo)”.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Unfollow Sesiapa, Itu Bukan Diri Saya’ – Fasha Sandha

    Baru-baru ini, tular klip memaparkan pelantun lagu Pasrah itu muncul dalam siaran langsung bersama Ezwan.

    Perkara tersebut mengundang respons positif netizen yang rata-ratanya merestui hubungan mereka dan berharap berakhir ke jenjang pelamin.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah