27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Christy Ng Berhabis RM30k ‘Restock’ Pantry Pejabat Curi Perhatian, Deodoran Pun Ada! – ‘Ini Dah Melanggar Hukum Majikan’

    Shopee Sale



    Ahli perniagan terkenal, Christy Ng mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video membelanjakan RM30,000 untuk ‘restock’ pelbagai makanan dan minuman serta keperluan harian buat pekerjanya sepanjang bulan Ramadan. 

    Restock pantry RM30k

    " data-video-id="7478168680354811143">
    @christyemilylove Pantry restock sempena bulan Ramadan ? Siap dengan Vitamin & buah kurma untuk kekal cergas pada bulan puasa ?? @farmfreshmilkmalaysia @insidescoopmy @aikcheongcoffee @vitahealthmy @myeurekasnack @kintryco @yusuftaiyoob.hq @pakmatwesterncafee @thetappingtapir @joybean.my @my.parisbaguette @bilabila.mart @hygr.my @softsrvemy #YakultMalaysia ? original sound – Christy Ng ?

    Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Christy dilihat telah membeli pelbagai jenis minuman seperti susu, yogurt, serta minuman bervitamin untuk diletakkan di pantry pejabat bagi memastikan semua pekerjanya kekal bertenaga ketika berpuasa. 

    Selain itu, beberapa jenis makanan seperti roti Paris Baguette, coklat, ais krim serta beberapa jenis makanan segera turut disediakan.

    Menariknya, pantry di pejabat Christy bukan sekadar tersedia makanan ringan, tetapi makanan dari jenama Pak Mat Western turut dibekalkan oleh ahli perniagaan ini bagi membolehkan pekerjanya menikmati hidangan tersebut untuk berbuka puasa.  

    MENARIK:  ‘Empat Bulan Bertunang Dengan Isteri, Kami Tak Pernah Berhubung’ – Ustaz Adnin

    Tidak hanya makanan dan minuman, barangan peribadi seperti deodoran serta ubat-ubatan juga disediakan demi kesihatan pekerjanya. Difahamkan, jumlah kos keseluruhan yang dibelanjakan untuk mengisi pantry tersebut mencecah RM30,000.

    ‘Ini dah melanggar hukum majikan’

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan memuji Christy yang sanggup berhabis berpuluh ribu untuk menjaga kebajikan serta menghargai pekerjanya.

    Tidak kurang juga ada yang berseloroh ingin menjadi staf Christy selepas melihat pelbagai makanan dan minuman menarik yang disediakan di pejabatnya.

    Untung gila staf dia, bukan setakat makanan, suncreen deodoran dengan vitamin pun ada.

    Pekerja dia tinggal terus dekat ofis ke macam mana?

    Mak aih, betul-betul majikan dari syurga. Ketika pekerja pun dia cakna juga.

    Aku nak intern sini.

    Punyalah tak nak staf sakit, supplement pun bos tanggung tay. Siapa tak sayang bos macam ni.

    Ini dah melanggar hukum majikan.

    Ini rasanya memang nak suruh kerja 24 jam.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah