30 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Cakra Khan Umum Rehat Daripada Konsert Solo, Fokus Cipta Lagu Baharu – ‘Saya Akan Kembali Dengan Karya Lebih Baik’

    Shopee Sale

    Penyanyi terkenal dari Indonesia, Cakra Khan mengumumkan bakal berehat seketika daripada penganjuran konsert solo, termasuk di Malaysia.

    Cakra Khan ‘berehat’

    Ketika ditemui oleh , pemilik nama lengkap Cakra Konta Paryaman ini, menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada dirinya untuk mencipta karya baharu demi menghargai peminat yang sentiasa memberikan sokongan.

    Tambah penyanyi berusia 33 tahun itu lagi, dia tidak mahu terus tampil dengan persembahan yang sama berulang kali tanpa sebarang pembaharuan dari segi karya.

    Tak tahu untuk berapa lama (berehat). Tapi kenapa saya berehat dari membuat konsert solo kerana apabila saya adakan konsert lagi (kemudian hari), saya mahu memberikan lagu baru buat penonton dan tidak mengulangi lagu yang sama.

    Jadi saya mahu memberi fokus kepada lagu baru dan perkara lain yang saya boleh kerjakan untuk muzik.

    Dalam pada itu, Cakra turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk mengadakan konsert di Malaysia secara konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Tiga tahun berterusan membuat konsert di sini adalah bagus dan saya sangat bertuah. 

    Saya rasa ini adalah masa untuk membuat sesuatu yang baru. InsyaAllah saya kembali ke Kuala Lumpur untuk memberi karya baru yang lebih baik.

    Keputusan tersebut sekaligus memberi ruang kepada kerjaya seni pelantun lagu Kekasih Bayangan ini ke fasa baharu, yang kini lebih tertumpu kepada proses penciptaan lagu dan eksplorasi muzik. 

    MENARIK:  Shila Amzah Kongsi Penerimaan Ubai Selepas Anak Lelaki Disahkan Hidap Autisme – ‘Masa Awal Berkawan Dah Cakap’

    Untuk info, Divine Concert Cakra Khan yang dianjurkan oleh Shiraz Projects telah diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2025.

    Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu menyaksikan Cakra mendendangkan 26 buah lagu termasuk duet bersama penyanyi terkenal, Marsha Milan, Kumpulan Trio XL, Titi DJ dan Faisal Lubis.

    Antara lagu yang dibawakan Cakra adalah Kekasih Bayangan, Kepada Hati, Harus Terpisah, Mencari Cinta Sejati, Mencintaimu dan banyak lagi.

    The post [VIDEO] Cakra Khan Umum Rehat Daripada Konsert Solo, Fokus Cipta Lagu Baharu – ‘Saya Akan Kembali Dengan Karya Lebih Baik’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah