28 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Bukan Kami Tak Nak Muncul’ – Achey Dedah Bocey Tak Dapat Tawaran Buat Persembahan Di ‘Mainstream’ Sejak Pemergian Abam

    Shopee Sale



    Pelawak dan pelakon, Achey mendedahkan kumpulan Bocey yang dianggotai dirinya bersama Fad tidak lagi menerima tawaran untuk membuat persembahan di platform arus perdana seperti program televisyen dan radio sejak pemergian rakan baik mereka, Allahyarham Abam.

    Tak dapat ‘offer’ bersama

    Ketika ditemui , Achey atau nama lengkapnya Mohd Nasir Hamzah berkata, disebabkan itulah ramai yang menyangka kumpulan Bocey tidak lagi aktif dalam dunia hiburan selepas ketiadaan Abam.

    Walau bagaimanapun, Achey menjelaskan bahawa dia dan Fad masih lagi aktif memenuhi undangan untuk menjayakan beberapa acara tertutup seperti majlis korporat dan majlis makan malam namun tidak dapat mendapat liputan yang meluas.

    Bukan kami tak mahu muncul di televisyen atau radio tetapi selepas pemergian Abam, memang tiada langsung tawaran.

    Boleh dikatakan stesen televisyen dan radio ketika ini bukan lagi milik kami.

    Kebanyakkan ‘show’ kami adalah membabitkan majlis makan malam dan korporat, jadi orang luar yang tidak mengikuti kami di media sosial tidak tahu perkembangan kami.

    Dan kebanyakan program yang panggil kami pun adalah untuk bercakap mengenai ketiadaan Abam, tapi sampai bila asyik kongsi cerita yang sama.

    Achey berkongsi perkara tersebut ketika ditemuipada majlis sidang media Bocey Comeback dan Dol’s Podcast yang diadakan di Restoran Saprah, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    MENARIK:  ‘Tidak Betul Dakwaan Saya Tidak Mahu Beri Keterangan Untuk Bantu Siasatan Kes Itu’ – Tajul

    ‘Bocey’ tiada pengganti

    Namun, Achey menegaskan bahawa masalah yang dihadapi mereka tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk mengalah daripada meneruskan kerjaya mereka dalam bidang seni.

    Nak tak nak kami kena jalan. Kami kena fikirkan macam mana untuk kekal dalam industri.

    Sebenarnya kumpulan Bocey ini masih ada. Tetapi Bocey ini hanyalah kami sahaja sekarang ini.

    Maknanya, kalau ada tambahan ahli kami tak akan gunakan nama ‘Bocey’.

    Dan kami dah bincang, sekalipun salah seorang daripada kami tiada (meninggal dunia) nama Bocey tetap kami gunakan untuk saya dan Fad sahaja.

    Terbaharu, selepas tiga tahun, Bocey buat pertama kalinya akan membuat persembahan menerusi ‘Bocey Comeback Live In Singapore’ yang bertempat di Capitol Theater anjuran Entertainment & LR Asia dengan kerjasama HMA Entertainment.

    Persembahan besar itu akan turut dijayakan Shuib, Mamat serta Shuk mewakili Dol’s Podcast.

    Sekadar info, ahli kumpulan Bocey iaitu Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 selepas dua hari mengalami demam panas dan sakit kepala.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah