29.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Black Dakwa Dikhianati Pekerja, Jejas Perniagaan Vila – ‘Sampai Hari Ini Belum Dengar Permohonan Maafnya’

    Shopee Sale

    Penyanyi Black Hanifah mendakwa telah dikhianati oleh seorang pekerjanya sehingga menjejaskan perniagaan vila yang telah diusahakan.

    Artikel Berkaitan: Kenal Sejak Awal Kerjaya, Black Hanifah Hargai Persahabatan Dengan Hazama

    Buat laporan polis

    Ketika ditemui , Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah, 39, memaklumkan telah membuat laporan polis terhadap pekerjanya itu.

    Saya sudah membuat laporan polis terhadap seorang pekerja atas pecah amanah yang telah dilakukan, membuatkan kami menanggung kerugian bukan dari wang ringgit tapi daripada segi pelanggan yang menginap di vila. Lebih kurang 100 orang, kalau dibahagikan harga satu malam kami boleh dapat lebih daripada RM100,000. 

    Menurut Black, staf berkenaan didakwa mengabaikan mesej dan memadam data tempahan daripada pelanggan yang ingin menginap di vila yang terletak di Langkawi, Kedah itu.

    Pekerja itu tidak melayan mesej pelanggan yang bertanyakan tentang vila kami, malah dia block semua tempahan sampai tahun depan. Bermakna pelanggan tidak dapat menempah di dalam talian.

    Nasib baik saya sedar awal dan buat laporan. Kini polis sedang menjalankan siasatan, saya tidak boleh mengulas lebih lanjut.

    Dalam masa sama, Black turut meluahkan rasa terkilan dan kecewa kerana sudah meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap pekerjanya, malah dianggap seperti keluarga.

    Ini kali kedua saya dikhianati pekerja, saya melayan mereka dengan baik seperti keluarga sendiri. Anak-anaknya pun saya layan dengan baik. 

    Sebenarnya silap saya juga. Cara saya melayani pekerja itu salah, ingatkan pekerja itu sebagai satu keluarga juga tapi sebenarnya kita tak boleh anggap begitu.

    Hal ini membuatkan saya dan keluarga terganggu emosi, kerana saya dapat tahu pengkhianatan ini ketika sedang bercuti di luar negara. Anak-anak saya turut terkesan kerana mendengar perbualan kami menyelesaikan masalah ini.

    Bukan itu sahaja, pelantun lagu Sofea Jane ini kesal apabila timbul pula dakwaan di laman Threads yang mengatakan dia tidak menjelaskan gaji pekerja.

    Bila pulang ke tanah air macam-macam lagi yang terjadi, ada beberapa individu yang memuat naik hantaran di Threads mendakwa saya tidak membayar gaji mereka. 

    Kalau ikutkan, saya ada nama dalam industri, kenapa saya nak buat perkara buruk ini (tak bayar gaji). 

    Banyak pencapaian yang saya dah capai, kalau saya buat begitu memang saya bodohlah. Saya tidak pernah menipu orang.

    Black berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharunya, ‘Terlerai Sudah’ yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Jumaat. 

    MENARIK:  Dua Kanak-Kanak Disyaki Hilang Ketika Beli Pau Rupanya 11 Jam Terperangkap Dalam Lif

    Walau bagaimanapun, Black masih terbuka untuk menerima permohonan maaf daripada individu berkenaan di atas semua pengkhianatan yang telah dilakukannya.

    Saya orang yang sangat ringkas, hari ini marah, esok saya akan lupakan. Kalau dia datang, saya dah keluarga akan membuka seluas-luas pintu untuk menerima kedatangannya bagi memohon maaf. 

    Saya hanya nak dengar dia minta maaf sahaja, tapi sampai hari ini saya masih belum dengar permohonan maaf daripada pihaknya. 

    Tak pernah pun dia nak mesej pun, mungkin dia rasa dia betul. Kalau dia simpati dengan keluarga saya, datang saja minta maaf.

    Untuk info, Black mengusahakan beberapa perniagaan di Langkawi, termasuk perniagaan vila, perkhidmatan kapal layar mewah serta kafe.

    The post [VIDEO] Black Dakwa Dikhianati Pekerja, Jejas Perniagaan Vila – ‘Sampai Hari Ini Belum Dengar Permohonan Maafnya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah