27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua Kanak-Kanak Disyaki Hilang Ketika Beli Pau Rupanya 11 Jam Terperangkap Dalam Lif

    Shopee Sale



    Berita kehilangan dua kanak-kanak lelaki akhirnya terjawab selepas mereka ditemui dalam keadaan selamat, pada Isnin.

    Tersekat dalam lif

    Menerusi perkongsian di Facebook sebelum ini,  seorang wanita yang dikenali sebagai Fospaliza Md Sariff memaklumkan anak lelakinya, Faiq Adiwira, 11, bersama rakannya, Absyar berusia 10 tahun dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli pau.

    Berikutan daripada itu, Fospaliza meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki keberadaan dua kanak-kanak tersebut.

    Terbaharu, Fospaliza memaklumkan Faiq dan Absyar sudah ditemui dalam keadaan selamat dan rupa-rupanya mereka berdua didakwa terperangkap di dalam lif 11 jam.

    Alhamdulillah selamat sampai rumah. Tersekat dalam lif dari jam 2.15 petang hingga jam 1 pagi.

    Mereka dah jerit dah, tekan loceng banuyak kali dah.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa syukur kerana kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan selamat. Namun akui bimbang dengan keadaan kanak-kanak itu.

    Allahuakbar, lama tu. Alhamdulillah anak-anak awak kuat semangat. Kalau ikutkan lama tu, apa apa pun alhamdulillah semuanya selamat.

    Sedihnya tengok tidur dua orang dekat situ. Alhamdulillah tak jadi apa-apa.

    MENARIK:  Nashriq Ismail Sabri Bantah Tindakan Tembak Anjing Liar, Cadang Malaysia Contoh Negara Australia Sayang Haiwan

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah