Enam tahun bukanlah sebuah tempoh yang singkat. Sepanjang tempoh ini, pelbagai perubahan berlaku termasuklah cara kita mendapatkan berita, menonton drama dan menikmati hiburan kegemaran.
Siapa sangka, sejak mula bersiaran pada 10 Oktober 2020, TVS berkembang daripada sebuah saluran televisyen yang mengetengahkan cerita dan perkembangan Sarawak kepada organisasi media yang kini hadir menerusi pelbagai platform.
Bukan sekadar boleh ditonton di kaca televisyen, TVS kini turut mendekati penonton melalui media sosial, platform penstriman TVS Inspire, Digital Out-of-Home (DOOH), liputan acara secara langsung serta aktiviti di lapangan!
Dalam tempoh enam tahun ini juga, TVS bukan hanya membawakan berita dan maklumat, malah tampil dengan pelbagai kandungan termasuk drama, hiburan, program komuniti, dokumentari, budaya serta liputan acara berskala besar.
Jadi, sempena ulang tahun keenam TVS, apa pula yang bakal menanti penonton selepas ini? Lebih banyak drama, program realiti, konsert atau mungkin kandungan baharu yang belum pernah diterokai sebelum ini?
1. Bermula di saluran 122, kini boleh ditonton di pelbagai platform

Kalau dulu penonton mungkin lebih mengenali TVS menerusi Saluran 122, kini cara untuk mendapatkan kandungannya sudah jauh lebih mudah.
Selain menerusi MYTV, Unifi TV dan Astro, penonton juga boleh mengikuti siaran serta perkembangan TVS melalui platform media sosial rasminya.
Malah, menerusi TVS Inspire, korang ditawarkan dengan lebih banyak pilihan untuk menikmati kandungan TVS tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada jadual siaran televisyen.
Maksudnya, kalau terlepas rancangan kegemaran di televisyen, masih ada pilihan lain untuk menonton kandungan yang tersedia secara digital. Menarik bukan?
Perkembangan ini membuktikan bahawa TVS bukan sekadar mahu bersiaran, tetapi turut berusaha menyesuaikan diri dengan cara penonton menikmati kandungan pada masa kini.
2. Lebih 472 juta capaian, TVS semakin dekat dengan penonton
Bila bercakap tentang perkembangan sesebuah organisasi media, capaian penonton pastinya menjadi antara perkara yang menarik untuk dilihat.
Bagi TVS, angka yang direkodkan menunjukkan kehadirannya semakin meluas, khususnya menerusi platform digital. Antara pencapaian yang direkodkan ialah:
- Lebih 472 juta capaian (reach) berdasarkan jumlah Q1 dan Q2 2026.
- Lebih 3.7 juta pengikut merentasi platform media sosial TVS setakat 4 Oktober 2026.
- 1.47 bilion tontonan sosial (social views) setakat 4 Oktober 2026.
Angka ini mencerminkan bagaimana kandungan TVS tidak lagi terhad kepada penonton televisyen semata-mata, sebaliknya turut menjangkau khalayak yang mengikuti perkembangan semasa melalui telefon pintar dan media sosial.
Dalam dunia yang menawarkan terlalu banyak pilihan kandungan, usaha untuk terus menarik perhatian penonton sememangnya menjadi satu cabaran.
Sebab itulah, selepas enam tahun, persoalannya bukan lagi sekadar apa yang TVS mahu siarkan, tetapi juga apa yang penonton mahu tonton.
3. Bukan sekadar berita, TVS juga ada drama dan program menarik
Kalau selama ini korang kenal TVS menerusi berita dan kandungan berkaitan Sarawak, sebenarnya ada banyak lagi pilihan yang boleh diterokai!
Sepanjang enam tahun perjalanan ini, TVS turut memperluas rangkaian kandungannya merangkumi drama, bual bicara, dokumentari, hiburan serta program yang membincangkan pelbagai isu semasa.
Antara kandungan yang boleh diberi perhatian termasuklah:
Boneka
Mengangkat kisah Sufiya, seorang wanita yang melarikan diri daripada penderaan bapa tirinya, drama ini turut menyimpan rahsia pembunuhan yang mengubah seluruh kehidupannya.
Dengan konflik dan rahsia yang menyelubungi perjalanan watak utama, Boneka membawakan sisi penceritaan yang lebih dramatik kepada penonton.
Gerak Khas 2.0
Bagi peminat cerita penyiasatan dan kepolisan, Gerak Khas 2.0 mengikuti sebuah pasukan elit polis yang menyiasat jenayah berprofil tinggi di Kuala Lumpur.
Setiap kes bukan sahaja menguji keupayaan mereka dalam menegakkan undang-undang, malah turut mencabar kepercayaan, integriti dan pengorbanan anggota yang berada di barisan hadapan.
Siti in the City
Kehidupan di bandar besar tidak semestinya seindah yang dibayangkan.
Menerusi Siti in the City, penonton mengikuti perjalanan seorang gadis dari Sarawak yang berhijrah ke Kuala Lumpur demi mengejar impian. Namun, kehidupan di kota dan pengaruh media sosial membawa cabaran yang tidak dijangka.
Inspirasi Duniamu
Untuk mereka yang gemarkan perbincangan berisi, Inspirasi Duniamu merupakan rancangan bual bicara yang mengetengahkan isu semasa dan kebudayaan bersama tetamu jemputan daripada pelbagai latar belakang.
Pelbagai pandangan serta pengalaman dikongsikan sebagai sumber inspirasi kepada penonton.
Anggun
Isu wanita dan topik yang sedang menjadi perhatian turut mendapat tempat menerusi Anggun, sebuah program bual bicara yang membincangkan isu terkini serta topik trending berkaitan wanita.
Dialog TVS
Bagi yang mahu mengikuti perkembangan isu semasa dengan lebih dekat, Dialog TVS membawakan perbincangan bersama pemimpin, pakar, penganalisis dan pemain industri mengenai pelbagai topik hangat.
Edisi Khas TVS
Menerusi Edisi Khas TVS, penonton dapat mengikuti rangkuman laporan khas wartawan TVS yang mengetengahkan sesuatu isu daripada pelbagai perspektif dan konteks.
Decimal Point
Sementara itu, Decimal Point memberi tumpuan kepada dunia perniagaan, ekonomi dan isu semasa yang berkaitan.
Rancangan mingguan ini boleh menjadi pilihan buat penonton yang mahu memahami perkembangan ekonomi serta persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah.
Daripada drama yang sarat konflik hinggalah rancangan yang membincangkan isu semasa, kepelbagaian ini menunjukkan usaha TVS untuk mendekati khalayak dengan minat yang berbeza.
4. TVS Inspire, satu platform untuk pelbagai pilihan kandungan
Selain siaran televisyen dan media sosial, TVS turut memperluas capaian kandungannya menerusi TVS Inspire, platform over-the-top (OTT) milik dan kendalian Sarawak Media Group.
Apa yang menarik, platform ini menawarkan penstriman langsung (live streaming) serta video atas permintaan (video-on-demand atau VOD), sekali gus memberikan lebih fleksibiliti kepada penonton untuk memilih kandungan dan waktu tontonan.
TVS Inspire boleh diakses menerusi portal web serta aplikasi yang tersedia di Google Play Store, App Store dan Huawei AppGallery.
Lebih menarik, penonton boleh mengikuti pelbagai pilihan kandungan menerusi satu platform termasuk siaran Live TV, berita terkini, kandungan Shorts dan mikrodrama eksklusif.
Jadi, sama ada korang mahu mengikuti perkembangan semasa atau mencari kandungan untuk ditonton pada waktu lapang, TVS Inspire menawarkan pilihan yang boleh diterokai mengikut keperluan masing-masing.
Dalam keadaan penonton kini semakin selesa menikmati kandungan melalui pelbagai peranti, kehadiran platform seperti ini turut membuka lebih banyak ruang untuk TVS mendekati khalayak baharu.
5. AIM25 di Sarawak, antara detik besar dalam perjalanan TVS
Enam tahun perjalanan TVS juga menyaksikan penglibatannya dalam pelbagai acara berskala besar, termasuk liputan acara kerajaan, program komuniti, acara hiburan dan produksi khas.
Antara detik penting yang mencuri perhatian pada tahun ini pastinya penganjuran Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25).
Buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran AIM, acara berprestij itu berlangsung di Sarawak selepas 25 tahun penganjurannya, dengan TVS memainkan peranan sebagai Penganjur Bersama dan Penyiar Rasmi.
Bukan sekadar membawa acara berprestij itu ke Kuching, TVS turut memainkan peranan dalam memperluas capaian AIM25 menerusi platform televisyen linear dan digital.
Secara keseluruhan, AIM25 mencatatkan lebih kurang 35 juta tontonan dan keterlibatan digital merentasi kedua-dua platform tersebut.
Pencapaian ini memperlihatkan bagaimana acara yang berlangsung di Sarawak mampu mendapat perhatian khalayak lebih luas apabila disokong oleh liputan dan pengedaran kandungan merentasi pelbagai platform.
Sebelum ini, TVS turut membawakan Konsert MeleTOP TVS serta pelbagai program khas dan liputan acara berskala besar.
Jadi, selepas AIM25 dan Konsert MeleTOP TVS, apa pula acara yang korang mahu TVS bawakan selepas ini?
Konsert artis popular? Festival muzik? Acara sukan? Atau mungkin acara kebudayaan yang menghimpunkan bakat dari seluruh negara?
Mana tahu, cadangan korang bakal menjadi antara idea yang dipertimbangkan untuk acara TVS pada masa akan datang.
6. TVS mahu terus berkembang, cerita Sarawak tetap jadi kekuatan
Sepanjang enam tahun ini, perkembangan TVS bukan hanya berkisar tentang pertambahan platform dan kepelbagaian kandungan, tetapi juga usaha untuk terus membawa cerita Sarawak kepada khalayak yang lebih luas.
Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Kushairi Abang, menyifatkan perjalanan enam tahun ini sebagai tempoh yang penuh dengan perkembangan, pembelajaran dan pencapaian.
“TVS sudah bersiaran selama enam tahun dan tempoh ini merupakan satu perjalanan yang penuh dengan perkembangan, pembelajaran dan pencapaian. Daripada sebuah stesen yang memberi tumpuan kepada penyampaian kandungan berkaitan Sarawak, TVS kini berkembang sebagai sebuah organisasi media yang hadir merentasi pelbagai platform untuk mendekati penonton.”
Beliau turut menegaskan bahawa perjalanan TVS sepanjang tempoh tersebut bukan sekadar tentang usia, tetapi juga kepercayaan penonton, sokongan rakan strategik dan komitmen warga kerja.
“Enam tahun ini bukan sekadar mengenai usia TVS, tetapi tentang kepercayaan penonton, sokongan rakan strategik, komitmen warga kerja serta peluang yang diberikan kepada TVS untuk membawa cerita Sarawak ke peringkat yang lebih luas.”
Mengulas hala tuju seterusnya, Kushairi melihat tahun keenam sebagai peluang untuk TVS menilai perkembangan yang dicapai, selain menentukan pendekatan yang bersesuaian dengan perubahan tabiat penonton.
“Kita melihat tahun keenam ini sebagai satu titik penting untuk TVS melihat sejauh mana kita telah berkembang dan pada masa yang sama menentukan hala tuju seterusnya. Penonton hari ini mempunyai lebih banyak pilihan dan cara untuk mendapatkan kandungan. Justeru, TVS perlu terus relevan, pantas menyesuaikan diri dan berani menghasilkan sesuatu yang baharu.”
Pada masa yang sama, identiti TVS sebagai platform yang membawa cerita Sarawak akan terus menjadi kekuatan utama, dengan usaha untuk memberikan lebih banyak ruang kepada kandungan dan bakat tempatan agar dapat diketengahkan di pentas yang lebih luas.
TVS sudah enam tahun! Sekarang giliran korang pula bersuara
Enam tahun sudah berlalu, pelbagai kandungan telah dibawakan dan semakin banyak platform tersedia untuk penonton mengikuti perkembangan TVS.
Namun, perjalanan ini masih jauh daripada selesai.
Sempena ulang tahun keenam, TVS mahu mendengar sendiri daripada penonton tentang program, personaliti dan acara yang ingin disaksikan pada masa akan datang.
1. Program apa yang korang mahu TVS bawakan selepas ini?
Adakah korang mahu lebih banyak drama, program kembara, rancangan realiti, muzik, komedi atau dokumentari?
Atau mungkin ada idea baharu yang belum pernah diterokai TVS sebelum ini? Kongsikan cadangan korang!
2. Artis atau personaliti siapa yang korang mahu lihat dalam program TVS?
Bayangkan jika korang boleh memilih seorang artis, penyanyi atau personaliti untuk muncul dalam rancangan TVS. Siapa yang menjadi pilihan korang?
Kongsikan nama pilihan korang dan beritahu kami sebab korang mahu melihat mereka di TVS.
3. Acara apa lagi yang korang mahu TVS bawakan kepada korang?
AIM25 sudah, Konsert MeleTOP TVS pun sudah. Jadi, apa pula yang seterusnya?
Konsert? Festival muzik? Acara sukan? Program kebudayaan? Atau acara komuniti yang lebih dekat dengan kehidupan korang?
Apa sahaja idea korang, inilah masanya untuk berkongsi!
Enam tahun perjalanan TVS telah membawa pelbagai cerita, program dan pengalaman kepada penonton. Kini, suara korang juga boleh menjadi inspirasi kepada kandungan serta pengalaman baharu yang bakal dibawakan.
Jadi, apa yang korang mahu lihat daripada TVS untuk enam tahun akan datang? Kongsikan idea, cadangan dan pilihan korang di ruangan komen!
Terus Bersama TVS!
Nak ikuti perkembangan terkini dan tidak mahu terlepas kandungan menarik daripada TVS? Korang boleh menontonnya menerusi saluran dan platform berikut:
- TVS Saluran 122 menerusi MYTV, Unifi TV dan Astro.
- YouTube, TikTok dan Facebook rasmi TVS untuk mengikuti siaran langsung serta kandungan digital.
- Portal TVS Inspire:
- Aplikasi TVS Inspire yang tersedia di Google Play Store, App Store dan Huawei AppGallery.
Daripada Saluran 122 hingga ke pelbagai platform digital, TVS terus membawa cerita, bakat dan perkembangan Sarawak kepada khalayak yang lebih luas.
Enam tahun sudah berlalu. Kini, cerita seterusnya mungkin bermula dengan cadangan korang!
The post TVS Genap 6 Tahun! Dari Saluran 122, Kini Menusuk Jiwa Di Pelbagai Platform Digital first appeared on OHBULAN!.





