29.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Kira Apa Keputusan Ryan, Mommy Tetap Ada Di Sini’ – Rita Rudaini Titip Pesanan Buat Anak Sulung Bakal Duduki SPM

    Shopee Sale

    Pelakon, Rita Rudaini menitipkan pesanan menyentuh hati buat anak sulungnya, Airit Rayyan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Artikel Berkaitan: Cik B Terharu Dipuji Rita Rudaini – ‘Tak Sangka Jadi Diri Sendiri Pun Boleh Tinggalkan Impression Seperti Ini’

    Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Titip Kata-Kata Semangat Buat Tun Mahathir – ‘Jaga Kesihatan, Kami Sayang Tun’

    Mommy bangga

    Menerusi satu hantaran di Instagram, Rita meluahkan rasa bangga melihat anaknya Airit Rayyan, atau lebih mesra digelar Ryan yang berjaya bertahan selama lima tahun menuntut ilmu di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

    Menurut Rita, dia masih mengingati detik menghantar Ryan ke asrama lima tahun lalu, ketika anaknya pernah meluahkan hasrat untuk pulang ke rumah.

    Mommy bangga Ryan bertahan sampai ke sini.

    Mommy masih ingat lima tahun lalu. Kita bersiap seawal 4 pagi untuk hantar Ryan ke MRSM. Sampai di asrama, Ryan pernah berbisik pada Mak Ngah, ‘Ryan nak balik…’

    Mommy dengar ayat itu dengan hati seorang ibu yang sebenarnya mahu bawa anaknya pulang.

    Tapi Ryan tetap tinggal kerana Mommy tahu Ryan tak nak kecilkan hati Mommy yang sudah berkorban macam-macam persiapan.

    Tambah pelakon Mami Jarum Junior itu, dia bangga dengan ketabahan Ryan dan berharap anaknya tidak menjadikan pandangan orang lain sebagai ukuran masa depannya.

    Mommy tahu perjalanan Ryan bukan semuanya mudah. Ada penat, kecewa, air mata dan mungkin ada ketika orang tidak nampak kemampuan Ryan.

    Tapi jangan jadikan penilaian manusia sebagai ukuran masa depan Ryan. Manusia boleh meragui. Tetapi Allah yang menentukan.

    Jadi bila Ryan masuk ke dewan nanti, tinggalkan semua kata-kata orang di luar. Bawa ilmu Ryan. Bawa usaha Ryan. Bawa doa Mommy. Dan paling penting, bawa Allah dalam hati

    Mommy minta maaf

    Lebih menyentuh hati, Rita turut menghalalkan makan minum Ryan serta memohon maaf atas segala kekhilafan sepanjang membesarkan anak sulungnya itu.

    Hari ini Mommy halalkan segala makan minum Ryan. Mommy ampunkan segala salah dan silap Ryan.

    Dan Mommy juga mahu minta maaf. Maaf kalau selama membesarkan Ryan, ada waktu Mommy terlalu keras, terlalu mendesak atau ada perasaan Ryan yang Mommy tak sempat fahami.

    Mommy mungkin bukan ibu yang sempurna. Tapi satu perkara yang Ryan tak perlu ragui sampai bila-bila, Mommy sayang Ryan dengan seluruh hati Mommy.

    Mengakhiri perkongsian tersebut, Rita mengingatkan Ryan bahawa dia akan sentiasa berada di sisinya tanpa mengira apa jua keputusan yang bakal diperoleh kelak.

    Pergilah, Ryan. Kejar impian Ryan. Habiskan perjuangan ini sebaik-baiknya. Dan bila semuanya selesai nanti, baliklah kepada Mommy.

    Tak kira apa keputusan yang Ryan bawa pulang, Mommy tetap akan ada di sini. Menunggu Ryan. Mendoakan Ryan. Dan menyayangi Ryan selamanya.

    Untuk rekod, Rita pernah berkahwin dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan pada 2008 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna sebelum bercerai pada 2013.

    View this post on Instagram

    A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  ‘Lebih 10 Tahun Berkhidmat Di Agensi Agama, Belum Pernah Lihat Pasangan Didakwa Kes Khalwat Tersenyum Di Mahkamah’

    The post ‘Tak Kira Apa Keputusan Ryan, Mommy Tetap Ada Di Sini’ – Rita Rudaini Titip Pesanan Buat Anak Sulung Bakal Duduki SPM first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah