30 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Salahkan Drama Atau Filem Kalau Kita Sendiri Gagal Didik Anak’ – Nabila Huda

    Shopee Sale

    Pelakon, Nabila Huda tampil menyuarakan pandangannya mengenai isu drama CELA yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penonton.

    Artikel Berkaitan: Nabila Huda Kongsi Realiti Jadi Pelakon – ‘Tiada Istilah Hujung Minggu, Tidur 5 Jam & Korban Masa Dengan Keluarga’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Huda Titip Nasihat Untuk Pelakon Baharu – ‘Jangan Kekwat, Kekal Merendah Diri’

    Jangan salahkan drama

    Menerusi hantaran di Instagram, Nabila menegaskan bahawa drama berkenaan bukanlah bertujuan menormalisasikan perbuatan yang salah, sebaliknya untuk membuka mata masyarakat tentang realiti kehidupan.

    Saya harap banyak pengajaran yang korang dapat daripada cerita ini. Benda yang salah, tetap salah.

    Situasi macam CELA ni memang berlaku di belakang kita. Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang atau mungkin, kita sendiri yang pilih untuk tak nampak.

    Menurutnya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mendidik dan memantau anak-anak, bukannya menyalahkan filem atau drama sepenuhnya.

    Jangan salahkan drama atau filem sebab kononnya boleh mempengaruhi anak-anak, kalau kita sendiri gagal memainkan peranan untuk mendidik, memantau dan berkomunikasi dengan mereka.

    Sebab akhirnya, kalau nak cakap tentang keburukan dan kerosakan akhlak, mungkin kita kena berani tanya diri sendiri dulu. Semuanya datang daripada skrin atau sebenarnya bermula daripada kita sendiri?

    Penjelasan Nabila

    View this post on Instagram

    A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

    Mengulas lanjut, anak kepada penyanyi Amy Search ini turut meluahkan rasa kecewa sekiranya sesebuah karya disekat kerana berpendapat tindakan tersebut seolah-olah mengetepikan segala usaha barisan pelakon dan pasukan produksi.

    Bukan sebab kami tak boleh terima kritikan. Kritikan adalah sebahagian dari dunia seni.

    Tapi ada perbezaan besar antara mengkritik sesebuah karya dengan menyekat peluang masyarakat untuk menonton, memahami dan menilai karya itu sendiri.

    Tambah Nabila, isu seperti grooming, manipulasi dan trauma yang diketengahkan dalam CELA merupakan realiti yang tidak sepatutnya dipandang ringan.

    Melindungi anak-anak bermula dengan mengakui bahaya yang wujud, bukannya berpura-pura macam benda itu tak berlaku. Menghalang orang daripada menonton sesebuah cerita tak bermakna trauma yang berlaku akan hilang begitu sahaja.

    Kalau semua yang kita tengok dianggap punca kerosakan, saya cadangkan kita sekat terus semua website, YouTube, sosial media, filem dan drama atau apa saja acara hiburan. Tutup semuanya.

    Tapi lepas semua tu ditutup, kalau masalah yang sama masih jadi, siapa pulak yang kita nak salahkan?

    Kadang-kadang lebih mudah menyekat sebuah cerita daripada berdepan dengan realiti yang cerita tu cuba tunjukkan.

    Susulan itu, Nabila berharap drama yang mengetengahkan realiti kehidupan seperti ini dapat memberikan pengajaran dan meningkatkan kesedaran penonton.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Selepas Pengesahan Cerai, Saya & Aiman Rujuk Kembali’ – Siti Jamumall

    Sumber: Instagram

    The post ‘Jangan Salahkan Drama Atau Filem Kalau Kita Sendiri Gagal Didik Anak’ – Nabila Huda first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah