27.4 C
Kuala Lumpur
Friday, October 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dalam Setiap Kehidupan, Saya Tetap Memilih Awak’ – Nelydia Senrose Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Suami

    Shopee Sale

    Pelakon, Nelydia Senrose berkongsi ucapan penuh kasih sayang buat suaminya, Mohd Hafez Halimi, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-42.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Seorang Ibu Sekarang’ – Nelydia Senrose

    Artikel Berkaitan: Nelydia Senrose Bergelar Ibu, Suami Ucap Terima Kasih Atas Pengorbanan

    Doa menjadi kenyataan

    Menerusi satu hantaran di Instagram, Nelydia mengimbas kembali detik mereka berdoa di Mihrab Nabi Zakaria AS, Masjid Al-Aqsa, Palestin, agar dikurniakan kebahagiaan, kesihatan yang baik serta zuriat.

    Kami berdiri di situ dengan hati yang penuh harapan, memanjatkan salah satu doa paling tulus dalam hidup kami.

    Kami tidak tahu bila atau bagaimana Allah akan memakbulkan doa itu, tetapi kami percaya sepenuhnya pada keajaiban dan aturan-Nya yang sempurna.

    Dalam pada itu, Nelydia turut meluahkan rasa syukur apabila mengenangkan bagaimana kehidupan mereka berubah selepas dikurniakan cahaya mata.

    Doa yang pernah kita bisikkan dengan penuh harapan kini menjadi kenyataan yang kita dukung dalam pelukan.

    Apa yang diimpikan oleh hati kita, Allah sudah pun menulisnya dalam takdir kita.

    Bergelar seorang ayah

    View this post on Instagram

    A post shared by @nelydiasenrose

    Dalam perkongsian sama, pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu turut meluahkan rasa bahagia melihat suaminya melalui fasa baharu kehidupan sebagai seorang bapa.

    Tambahnya, melihat lelaki yang dicintainya kini bergelar ayah kepada anak mereka merupakan antara kebahagiaan terbesar dalam hidupnya.

    Saya sudah mencintai awak melalui pelbagai fasa kehidupan, tetapi ada sesuatu yang sangat istimewa tentang fasa kali ini.

    Melihat lelaki yang saya cintai selama hampir sedekad kini menjadi ayah kepada anak lelaki kita membuatkan saya jatuh cinta kepada awak sekali lagi.

    Nelydia turut mendoakan kesejahteraan suaminya dan bersyukur memiliki sosok ketua keluarga yang penyayang.

    MENARIK:  Fizz Fairuz Memuji Majlis Graduasi Pelajar Di Hotel – 'Untuk Anak, Beli Beg & Kasut Mahal Bukan Sesuatu Untuk Dikira'

    Berkongsi perjalanan cinta mereka, Nelydia berkata tahun ini merupakan tahun kesembilan dia menyambut ulang tahun kelahiran suaminya bersama-sama.

    Nelydia juga menyifatkan sambutan kali ini lebih bermakna apabila mereka dapat meraikan hari istimewa itu bersama anak lelaki mereka.

    Daripada lelaki yang saya jatuh cinta suatu ketika dahulu, kemudian menjadi suami dan kini bergelar bapa kepada anak lelaki kita.

    Masya-Allah, kalaulah kita tahu sejak dahulu betapa indahnya kehidupan yang sedang menanti kita.

    Saya akan tetap memilih awak dalam setiap kehidupan, sayang. Selamat hari lahir, cinta hati saya. Alhamdulillah untuk kehadiran awak, selalu.

    Mengakhiri perkongsian, Nelydia berharap agar mereka terus diberikan kesempatan untuk mencipta kenangan indah bersama hingga ke hari tua.

    Terdahulu, Nelydia mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, pada 6 April 2019 dengan sekali lafaz dan dikurniakan cahaya mata lelaki, pada 26 Julai 2026.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Dalam Setiap Kehidupan, Saya Tetap Memilih Awak’ – Nelydia Senrose Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Suami first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah