Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay terkejut apabila seorang penonton filem Pemuja Syaitan mendakwa melihat cahaya keluar dari dada salah satu watak dalam naskhah tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Visual ‘Pemuja Syaitan’ Gelap, Liyana Jasmay Mohon Maaf – ‘Isu Teknikal Dah Diselesaikan, Itu Semua Salah Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Liyana Jasmay Tetap Puas Hati Dengan Lakonan Elizabeth Tan – ‘Saya Pilih Sebab Dia Mampu’
Nampak cahaya keluar

Menerusi perkongsian di Threads, Liyana menerima mesej tersebut ketika dalam perjalanan pulang selepas membuat kejutan kepada penonton di GSC Mid Valley.
Menurut Liyana, penonton itu bertanyakan sama ada cahaya yang keluar dari dada salah satu watak sebelum babak kerasukan merupakan kesan yang disengajakan atau sebaliknya.
Dalam perjalanan pulang selepas pergi membuat kejutan kepada penonton di GSC Mid Valley, saya menerima mesej langsung daripada salah seorang penonton filem Pemuja Syaitan pada jam 11.50 malam.
Dia mengatakan bahawa dia nampak cahaya keluar dari dada salah satu watak dalam sebuah babak sebelum adegan kerasukan. Dia bertanya sama ada perkara itu memang disengajakan.
Mengulas lanjut, pelantun lagu Aku Tak Percaya Cinta itu mengakui terkejut apabila menerima dakwaan berkenaan kerana dia sendiri tidak melihat cahaya tersebut ketika menonton filem itu.
Saya terkedu seketika. Saya berfikir, dari mana pula datangnya cahaya itu?
Kemudian, saya bertanya semula kepadanya apa yang dimaksudkan dengan cahaya yang keluar dari dada watak tersebut.
Dia menegaskan bahawa dia memang nampak cahaya dalam babak itu. Meremang bulu roma saya.
Saya kemudian menjawab kepadanya bahawa memang tiada cahaya seperti itu kerana saya juga baru sahaja menonton filem tersebut dan tidak nampak apa-apa.
Untuk rekod, filem Pemuja Syaitan yang ditayangkan pada 15 Oktober 2026 itu dibintangi Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nadhir Nasar dan Aila Azizul.
Filem ini mengisahkan sekumpulan bekas rakan sekolah yang kembali berkumpul di sebuah pulau terpencil sebelum penemuan kapsul masa membongkar rahsia lama dan mencetuskan kejadian misteri.
Sumber: Threads
The post Liyana Jasmay Terkejut Penonton Dakwa Nampak Cahaya Dalam Babak Pemuja Syaitan – ‘Meremang Bulu Roma Saya’ first appeared on OHBULAN!.





