Sesi siaran langsung bekas suami kepada pelakon Syida Melvin iaitu Syafiq Azim baru-baru ini menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Duduk Kampung, Tanam Jagung…’ – Syida Melvin Dakwa Diejek Bekas Suami Sebab Berniaga Laici Kang
Artikel Berkaitan: ‘Dia Duduk Seorang Di Rumah Tu Sepanjang Proses Cerai, Tapi Tunggakan 3 Bulan Aku Yang Kena Bayar RM20,000’ – Syida Melvin
Syafiq Azim belum move on?
View on Threads
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok pada Jumaat, Syafiq berkata dia tidak melihat kehadiran lelaki yang dikatakan teman lelaki baharu Syida seperti yang diperkatakan oleh orang ramai.
Semalam ada orang cakap teman lelaki baru Syida datang. Tapi saya tengok tak ada.
Malah Syafiq seakan memberi bayangan bahawa dia masih menyimpan harapan untuk kembali menjalin hubungan dengan bekas isterinya itu.
Dia beranggapan masih ada peluang untuk kembali bersama Syida sekiranya pelakon itu masih belum mempunyai pasangan baharu.
Jadi bermaksud Syida pun belum move on lagi, jadi adalah peluang kot.
Untuk rekod, Syida dan Syafiq Azim, 37, sah bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, 1 tahun.
Komen netizen

Sumber: Threads
The post [VIDEO] ‘Ada Orang Cakap Teman Lelaki Baru Syida Datang, Saya Tengok Tak Ada’ – Syafiq Azim first appeared on OHBULAN!.





