32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Akhirnya Rakyat Yang Kena Tempias’ – Baim Wong Sokong Ketegasan Syed Saddiq Bahas Isu Jerebu

    Shopee Sale

    Pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong menyatakan sokonganya terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang membahaskan tentang isu pencemaran alam sekitar di Dewan Rakyat baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Oksigen Di Singapura & Malaysia Juga Datang Dari Hutan Kami’ – Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia

    Bimbang keadaan jerebu

    Menerusi hantaran di Threads, Baim memuat naik semula video Syed Saddiq yang bercadang agar tindakan lebih tegas perlu di ambil oleh Malaysia susulan isu tersebut kian merunsingkan.

    Baim turut menggesa pihak kerajaan Indonesia agar memberi perhatian sepenuhnya terhadap permasalahan berkenaan dan mencari solusi agar boleh ditangani dengan segera.

    Jarang saya bahas politik tapi saya harus bersuara kerana mengambil berat tentang negara ini.

    Saya sokong. Negara harus tahu apa yang perlu difokuskan. Ramai yang bekerja dalam kerajaan, bahagiannya pun banyak. Tak perlu seorang sahaja fokus buat satu kerja.

    Tambah pelakon drama Benci Bilang Cinta itu, imej negaranya juga turut terjejas teruk akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab membakar hutan yang akhirnya menjadi punca jerebu lalu memberi kesan kepada masalah kesihatan serta ekonomi.

    Nama negara tak bagus, kepercayaan negara lain akan berkurang, kemunduran ekonomi terjadi, akhirnya rakyat lagi yang terkena tempiasnya. Semua harga naik.

    Saya yang bodoh dalam dunia politik pun boleh faham, kenapa yang pintar tak bergerak-gerak!

    Terdahulu, Syed Saddiq menyatakan beberapa cadangan bagi menangani masalah ini menerusi sidang Parlimen.

    MENARIK:  Mia Sara Dedah Afdlin Shauki Pernah Larang Ceburi Dunia Seni – ‘Nak Hidup Gembira & Stabil Jangan Jadi Pelakon’

    Menurut cadangan beliau, negara-negara ASEAN, khususnya Malaysia dan Singapura perlu mengutuskan bantahan secara diplomatik kepada Indonesia, selain mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dengan kegiatan pembakaran hutan.

    Sumber: Threads

    The post ‘Akhirnya Rakyat Yang Kena Tempias’ – Baim Wong Sokong Ketegasan Syed Saddiq Bahas Isu Jerebu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah