Siapakah golongan syed dan syarifah? Gelaran Syed dan Syarifah diberikan kepada mereka yang berketurunan Rasulullah S.A.W., yang dikenali sebagai Ahlul Bait.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tengah Bersetubuh Tiba-Tiba Azan Berkumandang, Perlu Berhenti Atau Teruskan? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Kenduri Kahwin Dalam Islam
Tidak boleh merendahkan keturunan lain
Memetik perkongsian daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, definisi Ahlul Bait menurut pandangan Ahli Sunnah merangkumi isteri-isteri Rasulullah, anak menantunya, serta kaum kerabatnya daripada keturunan Bani Hashim dan Bani Muttalib.
Barang siapa yang mempunyai bukti bahawa susur galur keturunannya sampai kepada Rasulullah SAW melalui jalur-jalur di atas, maka mereka berhak dianggap sebagai ahlul bait walaupun nama mereka tidak mempunyai gelaran syed mahupun syarifah.
Sementara itu, menurut Ustaz Azhar Idrus, Syed dan Syarifah sebagai keturunan Rasulullah SAW adalah hakikat yang diakui dalam sejarah Islam.
Insya-Allah, betul.
Melainkan dia letak nama Syed, Syarifah sendiri.
Keturunan Syed Sharifah lebih mulia?

Namun, timbul persoalan dalam masyarakat apabila ada yang mempertikai mengapa keturunan ini dianggap lebih mulia sedangkan semua manusia diciptakan sama.
Allah SWT menciptakan manusia dalam pelbagai qabilah, keturunan dan keluarga, bukan untuk berbangga atau merendahkan sesama insan.
Kita ini manusia, Allah ciptakan ‘qabilah’.
Maknanya ada macam-macam keturunan dan pelbagai keluarga ada.
Kita tak boleh kata keluarga kita yang terbaik.
Justeru, tidak wajar seseorang menganggap dirinya lebih mulia hanya kerana bergelar Tengku, Wan, Syed atau Syarifah, apatah lagi menjadikan keturunan sebagai alasan memandang rendah orang lain atau menolak perkahwinan tanpa sandaran jelas daripada al-Quran dan hadis.
Contoh, keluarga saya berketurunan Tengku, awak tak ada Tengku jadi, awak kurang.
Awak tidak boleh berkahwin dengan anak saya, melainkan ada sandaran daripada al-Quran dan hadis.
Islam menegaskan bahawa semua manusia berasal daripada keturunan Nabi Adam AS dan tiada satu keturunan pun lebih hina daripada yang lain.
Namun, kemuliaan Rasulullah SAW sebagai rahmatan lil ‘alamin adalah ketetapan Allah; Baginda adalah makhluk paling mulia di sisi-Nya dan hakikat ini tidak boleh dipertikaikan.
Dalam al-Quran dan hadis jelas, semua manusia adalah sama daripada keturunan Nabi Muhammad S.A.W.
Oleh kerana kemuliaan Nabi Muhammad yang merupakan rahmatan lil ‘alamin, Baginda adalah rahmat sekalian alam.
Maknanya, semua ini menyebabkan kita dapat kasih sayang Allah.
Allah titahkan Nabi Muhammad paling istimewa.
Boleh ke kita pertikaikan? Mestilah tidak boleh.
Sumber: YouTube, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan
The post [VIDEO] Benarkah Syed dan Sharifah Keturunan Nabi Muhammad SAW? Ini Penjelasan Ringkas Dari Ustaz Azhar Idrus first appeared on OHBULAN!.





