31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih 120 Pempengaruh Rebut Gelaran ‘Best Influencer’ ASIA2026, Hadiah AS$10,000 Jadi Rebutan

    Shopee Sale

    Malam kemuncak All Star Influencers Award (ASIA) 2026 bakal berlangsung pada 18 Oktober ini, memperlihatkan lebih 120 pempengaruh dari 20 negara bersaing merebut gelaran ‘Best Influencer’.

    Persaingan sengit

    Lebih menarik, penyertaan tahun ini turut mendapat perhatian apabila pempengaruh dari Malaysia dan pelbagai negara tampil menghasilkan kandungan sepanjang program.

    Malah, tanda pagar rasmi #AllStarInfluencersAward2026 kini merekodkan lebih 500 juta tontonan, sekali gus menunjukkan sambutan terhadap ASIA2026 semakin mendapat perhatian.

    Pengasas All Star Influencers Award iaitu Datuk Abd Rahman Soltan mengakui pemilihan pemenang tahun ini bukanlah satu tugas yang mudah kerana persaingan antara peserta baharu dengan pempengaruh yang sudah mempunyai pengalaman dalam program berkenaan.

    Kalau kita lihat tahun ini, persaingan memang lebih sengit. Ramai influencer baharu yang pertama kali menyertai ASIA dan mereka bersaing bersama influencer yang sudah berpengalaman.

    Yang menariknya, kualiti video dan komitmen yang diberikan juga sangat bagus. Jadi, untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori bukan sesuatu yang mudah.

    Bukan itu sahaja, program ini turut memberi peluang kepada pempengaruh untuk meneroka beberapa negeri dimana perjalanan bermula di Johor dan Negeri Sembilan, peserta kemudiannya bergerak ke Perak dan Kuala Lumpur sebelum meneruskan misi ke Terengganu serta Pahang.

    Perjalanan seterusnya melibatkan Langkawi, Pulau Pinang dan Perlis, manakala Sabah menjadi destinasi terakhir sebelum mereka berkumpul semula untuk malam kemuncak ASIA2026 pada 18 Oktober ini.

    Program ini bukan sekadar pertandingan influencer. Kita mahu mereka mengenali Malaysia dengan lebih dekat melalui pengalaman sebenar, termasuk aktiviti, makanan dan kebudayaan yang ada di setiap destinasi.

    Semua pengalaman ini kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk kandungan digital untuk diperkenalkan kepada pengikut mereka di seluruh dunia.

    Usaha itu turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tourism Malaysia bersempena kempen Visit Malaysia 2026.

    MENARIK:  [VIDEO] Fazura Terus Kunci Mulut, Enggan Ulas Dakwaan Fattah Amin Curang

    ASIA2026 bukan acara baharu dalam kalangan komuniti influencer apabila edisi terdahulu menyaksikan Ahieb Reborn dari Indonesia muncul pemenang pada 2023, diikuti Saal Haerid dari Indonesia pada 2024 dan Cindy dari Vietnam pada 2025.

    Masing-masing sudah memberikan yang terbaik. Jadi, pemilihan untuk setiap kategori, termasuk Best Influencers, dijangka sangat sengit.

    Kita tengok siapa yang benar-benar konsisten dari segi kandungan, kreativiti dan komitmen sepanjang program.

    ASIA2026 disertai pempengaruh dari 20 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, Rusia, Jepun, Uzbekistan, Kazakhstan, Vietnam, Pakistan, India, Arab Saudi, Filipina, Korea Selatan, Taiwan, Kyrgyzstan, Laos, Turkiye, China dan Singapura.

    Tahun ini, sebanyak 13 kategori dipertandingkan, antaranya Best Gourmet Story Award (Individual), Best Storyteller Award (Individual), Best New Mixed Dance Award (Group), The People’s Choice Award (Individual), Best Culture Curator Award (Group), Best Comedy Maestro Award (Individual) dan Best Mixed Language Award (Group).

    Pemenang utama Best Influencers ASIA2026 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak AS$10,000 selain pakej percutian ke luar negara.

    The post Lebih 120 Pempengaruh Rebut Gelaran ‘Best Influencer’ ASIA2026, Hadiah AS$10,000 Jadi Rebutan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah