Pelakon Amyza Aznan berkongsi keadaan anaknya, Adrian Adam yang disifatkan seorang yang gemar memendam keadaan diri terutama ketika berdepan masalah kesihatan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Amyza Adnan Raih Pujian, Tetap Dahulukan Solat Meski Lewat Ke Sesi Temu Bual
Artikel Berkaitan: Kekuatan Anak Kedua Amyza Adnan Undang Sebak, Ramai Titip Doa Bebas Kanser
Memendam seorang diri

Ketika ditemui , Amyza, 50, berkata, Adrian atau mesra disapa Ian hanya berkongsi perkara yang dirasakan penting dan tidak banyak bercerita mengenai keadaan dirinya.
Menurut Amyza, dia beberapa kali melihat anaknya menangis dalam diam, seolah-olah tidak mahu orang di sekeliling mengetahui kesakitan yang sedang ditanggungnya.
Ian (Adrian) memang daripada dulu dia kongsi perkara yang penting saja. Kalau tak, dia memang tak akan kongsi.
Saya pun tak tahu kenapa dia tak nak berkongsi keadaan dia.
Tapi banyak kali saya ternampak dia menangis. Menangis dalam keadaan diam dan senyap.
Minggu lepas, saya nampak dia tengah tekup muka dekat bantal, menangis. Punyalah dia tak nak saya tahu yang dia sakit.
Amyza berkata demikian ketika ditemui pada musim akhir Kilauan Emas Selebriti yang berlangsung di Shah Alam City Council, baru-baru ini.
Berkongsi perkembangan terkini, Amyza memaklumkan Adrian kini masih menjalani rawatan kemoterapi sebagai usaha melawan kanser tulang yang dihadapinya.
Tambah Amyza, perjalanan rawatan anaknya masih panjang kerana terdapat banyak lagi kitaran kemoterapi yang perlu dilalui.
Sekarang ini dia tengah kemoterapi. Masih banyak lagi dan panjang lagi masa dia. Ada banyak lagi cycle yang dia kena lalui.
Saya harap rawatan ini boleh bantu mengecilkan ketumbuhan dia dan bagi hilang terus.
The post [VIDEO] Amyza Aznan Dedah Keadaan Terkini Adrian, Anak Banyak Menangis Dalam Diam – ‘Dia Tekup Muka Dekat Bantal’ first appeared on OHBULAN!.





