29 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zaki Yamani Dedah Peminat Labur Ribuan Ringgit Untuk AMT 2026 – ‘Takut Sebab Mereka Keluarkan Duit’

    Shopee Sale

    Penyanyi Zaki Yamani mendedahkan kelab peminatnya sanggup mengeluarkan wang sehingga ribuan ringgit untuk mengundinya di Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT 2026).

    Artikel Berkaitan: Zaki Yamani Respons Digelar Lelaki ‘Green Flag’ – ‘Saya Bukanlah Baik Tapi Cuba Jadi Yang Terbaik’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaki Yamani Tak Halang Ibu Kahwin Lagi – ‘Saya Sentiasa Sokong’

    Undian peminat

    Ketika ditemui , Zaki menghargai usaha yang dilakukan peminatnya dalam memberikan sokongan selain menganggap pencalonan tersebut sebagai satu pencapaian penting dalam perjalanan karier seninya.

    Saya sebenarnya lebih kepada takut sebab mereka keluarkan duit.

    Ada peminat yang keluarkan cecah ribuan ringgit untuk undi saya.

    Saya sebagai orang yang diundi, saya agak terkelu. Saya boleh kata ini usaha mereka dan saya sangat hargai.

    Zaki berkata demikian ketika ditemui pada Hari Gabungan Kuasa, Meet & Greet AMT 2026 yang berlangsung di MyKart Raceway, Shah Alam sebentar tadi.

    Mengulas lanjut mengenai harapan susulan pencalonan sulungnya, Zaki tidak meletakkan kemenangan sebagai satu-satunya sasaran sebaliknya berharap sokongan peminat mampu membawanya sekurangnya ke kelompok tiga atau lima terbaik.

    Tambah penyanyi berusia 19 tahun itu, dia pernah tercalon dalam anugerah sebelum ini namun disingkirkan selepas kurang mendapat sokongan daripada kelab peminat.

    MENARIK:  Konsert Hael Husaini & Repertoire Ibarat Sebuah Cerita Dalam Muzik

    Justeru itu, pencalonan kali ini menjadi lebih bermakna buat dirinya apabila melihat sendiri sokongan kuat yang diberikan peminat.

    Tapi saya harap cita-cita peminat saya tercapai. Kalau saya tak menang pun tak apa. Sekurang-kurangnya saya antara top 5 atau 3.

    Sebab saya rasa itu adalah satu benda yang saya nak capai dalam hidup saya.

    Saya dulu pernah tercalon tapi tersingkir sebab ketika itu belum ada kelab peminat yang kuat.

    Jadi, sekarang ini saya pun tak sangka yang saya ada peminat yang kuat dari segi beri sokongan.

    Untuk rekod, Zaki Yamani tercalon dalam dua kategori di Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT 2026), iaitu Fresh Rising Star Terhangat Darlie dan Selebriti Chemistry Terhangat.

    AMT 2026 bakal berlangsung pada 18 Oktober 2026 (Ahad), jam 9 malam dan disiarkan secara langsung menerusi TV3 serta Tonton.

    The post Zaki Yamani Dedah Peminat Labur Ribuan Ringgit Untuk AMT 2026 – ‘Takut Sebab Mereka Keluarkan Duit’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah