30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Anzalna Peluk Sekumpulan Kanak-Kanak Kelainan Upaya Buat Netizen Sebak – ‘Sayu Tengok, Nampak Keikhlasan Hati Dia’

    Shopee Sale



    Sikap ramah yang ditonjolkan oleh pelakon Anzalna Nasir bersama anak-anak istimewa telah membuatkan warganet berasa hiba.

    Tersentuh hati

    " data-video-id="7485372485819583751" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @anzalnanasir

    Semasa sesi meet and greet di @JAKEL® , Anzalna bertemu dengan sekumpulan anak-anak yang pada mulanya disangka anak yatim, tetapi rupanya mereka adalah OKU pekak dan bisu. Allahuakbar, tersentuh hati. Paling seronok bila tengok semua anak-anak gembira sebab dapat baju raya! ?@Hanif?Zaki

    ? Setitis Cahaya Di Aidilfitri – Aishah

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md Nasir dilihat sedang melayan sekumpulan kanak-kanak mencari baju raya di sebuah gedung jualan tekstil.

    Semasa sesi meet and greet di Jakel, saya bertemu dengan anak-anak yang pada mulanya disangka anak yatim tetapi rupanya mereka adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu.

    Allahuakbar, tersentuh hati. Paling seronok bila tengok semua anak-anak gembira sebab dapat baju raya.

    Paling menyentuh perasaan adalah apabila kanak-kanak berkenaan memeluk erat Anzalna.

    MENARIK:  Kai Deva Bersyukur Duduki Tempat Kedua, Rancang Bawa Ibu Tunai Umrah

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sebak melihat keikhlasan pelakon berusia 37 tahun itu ketika melayan anak-anak tersebut.

    Menurut mereka, jelas kelihatan sifat keibuan dan kelembutan yang ada pada Anzalna.

    Kasih sayang dia kepada anak kelainan upaya tak palsu, nampak keikhlasan hatinya.

    Nak menangis dan sayu aku tengok dia peluk budak tu, anak-anak syurga semua ini. Bestnya kaya, teringin nak kaya dan buat macam ini.

    Anzalna ni baik sangat. Walaupun dia T20 tetapi dia pernah layan kami B40 baik macam video ini. Dia peluk dari hati, saya masih ingat keikhlasan layanan Anzalna.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah