Penyanyi, Anuar Zain meluahkan rasa syukur apabila proses pengurusan jenazah arwah bapanya, Zain Abdullah dipermudahkan.
Artikel Berkaitan: Bapa Ziana & Anuar Zain Meninggal Dunia
Kanser prostat

Anuar, 58, berkata pengurusan jenazah selesai dalam tempoh kurang lima jam.
Saya bersyukur segalanya dipermudahkan, proses memandikan, kafan, sembahyang dan kebumikan. Semuanya selesai dalam masa lima jam.
Orang kata kalau segalanya dipermudahkan bermaksud orang itu dikasihi Allah.
Anuar berkongsi perkara itu ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Elmina, pada Selasa.
Dalam pada itu, Anuar mendedahkan arwah bapanya disahkan menghidap kanser prostat sejak Disember lalu.
Ayah menghidap kanser prostat. Kami sekeluarga tahu arwah hidap kanser pun pada Disember tahun lalu. Kanser itu sudah merebak. Semuanya berlaku dengan pantas.
Berkongsi mengenai momen terakhir sebelum arwah menutup mata, Anuar memberitahu dia dan keluarga ketika itu berada di sisinya.
Ketika arwah menghembuskan nafas terakhir, saya berada di rumah. Kami semua satu keluarga reda dengan pemergian arwah.
Terdahulu, arwah menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun di kediamannya di Kayangan Heights, Shah Alam.
Arwah juga merupakan tunjang belakang permulaan kerjaya seni untuk Ziana dan Anuar.
The post [VIDEO] Anuar Zain Dedah Arwah Ayah Hidap Kanser Prostat, Syukur Proses Pengurusan Jenazah Dipermudah first appeared on OHBULAN!.





