Pelakon popular, Riena Diana mencuri perhatian netizen selepas dilihat hilang sabar apabila kerap menerima soalan berulang kali mengenai statusnya sama ada sudah berkahwin atau masih bujang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Riena Diana Nafi Buat Pembedahan Telinga – ‘Saya Pakai Gam Je’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya & Keith Foo Sepakat Pilih Tema Garden Wedding’ – Riena Diana
‘Kalau dah kahwin, aku cakap lah dah kahwin’
Ketika sesi siaran langsung bersama teman lelakinya yang juga pelakon iaitu Keith Foo, seorang netizen bertanya sama ada dia dan Keith sudah mendirikan rumah tangga atau belum.
Namun, jawapan Riena yang agak tegas dan beremosi menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penonton.
Riena: Engkau ni, kalau aku tak nak jawab apa masalahnya. Kalau aku dah kahwin, aku cakap lah dah kahwin. Takkan lah nak kahwin diam-diam. Orang kata belum kahwin, belum lah. Apa sibuk sangat nak tanya benda sama. Aku belum kahwin, faham ke tak ni?
Reina turut menambah secara sinis bahawa sekiranya dia sudah berkahwin, kemungkinan segala aktiviti termasuk saat tidur pun akan dikongsi secara langsung.
Riena: Sekarang ni belum kahwin pun aku berkepit 24jam, masak pun aku post. Kalau dah kahwin, korang tak rasa ke kalau nak tidur pun aku buat live.
Respon tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mempertahankan hak Riena untuk menjaga privasi, namun ramai juga yang menganggap cara aktres itu menjawab soalan terlalu kasar dan sombong.
Malah sesetengah pengguna media sosial menyifatkan Riena semakin berubah dan tidak lagi mesra seperti dahulu.
Menurut mereka, soalan tentang perkahwinan adalah perkara biasa memandangkan Riena dan Keith sering dilihat bersama dan kelihatan sangat mesra.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Sibuk Sangat Tanya..Aku Belum Kahwin, Faham Tak?’ – Riena Diana first appeared on OHBULAN!.






