29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Anak Azad Jazmin Menangis Terkesan Kontroversi Persendakan Agama, Eira Syazira Titip Nasihat – ‘Setiap Ujian Mendidik Jiwa’

    Shopee Sale



    Susulan timbul dakwaan mempersendakan upacara agama lain, ternyata ianya telah memberi kesan bukan sahaja terhadap tiga orang penyampai radio iaitu Nabil, Azad Jazmin dan Radin malah anak-anak mereka juga turut terpalit.

    Anak menangis

     

    View this post on Instagram

    A post shared by E I R A S Y A Z I R A (@eirasyaziraofficial)

    Menerusi perkongsian di Instagram (IG), isteri Azad yang juga pelakon Eira Syazira, 41, memuat naik video anak sulungnya, Amarra Sofea Rose sedang menangis.

    Pada ruangan kapsyen video tersebut, aktres itu menitipkan nasihat buat puterinya agar sentiasa bersabar dengan ujian yang menimpa.

    Sabarlah wahai anakku intan patung mom dan dad. Jadilah anak yang kuat bukan kerana dunia ini mudah tetapi kerana awak lebih hebat dari setiap cabarannya.

    Percayalah sayangku, setiap ujian itu mendidik jiwa dan setiap kesabaran pasti membawa kemenangan.

    Percayalah, insya-Allah.

    Dalam masa yang sama, Eira juga berkongsi komen daripada seorang individu berbangsa India yang telah pun menerima permohonan maaf mereka.

    Saya bangsa India, saya setuju memaafkan mereka. Kita semua manusia, biasa buat salah dan bertolak ansur.

    Mereka pun ada keluarga, ingat anak isteri mereka. Kalau hilang kerja macam mana?

    Sokongan netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa hiba melihat keadaan Amarra.

    MENARIK:  Kamal Adli Tempelak Individu Dakwa Hawra Uqaira Bukan Darah Daging – ‘Ini Sangat Melampau! Dia Anak Kandung Saya’

    Dalam masa yang sama, mereka turut menyatakan sokongan terhadap penyampai radio terbabit serta mendoakan agar mereka tabah menjalani dugaan tersebut.

    Terus kuat Azad, Eira dan keluarga. Mesti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

    Kamu diuji di bulan Ramadhan ini, sabar ya nak. Insya-Allah besar ganjarannya.

    Aku tengok pun ternangis sekali. Semoga Azad dan semua mendapat keadilan Allah.

    Terdahulu, tular video memaparkan Azad yang dipercayai meniru tarian kavadi sambil Nabil Ahmad menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa.

    Klip video itu mengundang kritikan meluas kerana didakwa telah menghina tradisi kaum Hindu.

    Sedar akan kesilapan yang dilakukan, Azad, Nabil dan juga Radin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

    Tiga penyampai radio tersebut termasuk tiga lagi kakitangan stesen berkenaan juga telah memberi keterangan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman pada Rabu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah