33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aliff Syukri Tampil Dengan Lagu Raya ‘Mama Papa Raya’, Netizen Approved – ‘Tahun Ni Sedap!’

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menyorot perhatian ramai apabila tampil konsisten mengeluarkan lagu raya terbaharu menjelang Syawal tahun ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Layan Lagi Qadejah Nak Jam Tangan Berjenama – ‘Bukan Mewahkan, Hargai Anak-Anak’

    Artikel Berkaitan: ‘Tengok Usahawan Muda Berjaya, Saya Tumpang Bangga’ – Aliff Syukri

    ‘Tak cringe’

    Pada tahun ini, Aliff tidak bersendirian, sebaliknya tampil mengeluarkan lagu raya Mama Papa Raya bersama isterinya, Datin Seri Shahida dan anak-anaknya iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

    Dalam muzik video tersebut, Aliff menampilkan keakraban dan keharmonian hubungan kekeluargaan bukan sahaja bersama keluarga tetapi juga bersama barisan pembantu.

    MENARIK:  Iklan Ramadan & Raya Lazada 2021: Lebih Hebat Daripada Sebelumnya!

    Lebih mencuri perhatian ramai, apabila anak sulung Aliff iaitu Ammar yang terkenal dengan sikap pendiam muncul sebagai salah seorang penyanyi.

    Muzik video itu kemudian menarik perhatian netizen yang memuji suasana meriah dan penuh keceriaan sambutan Aidilfitri.

    Komen netizen

    Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Aliff kerana menghasilkan lagu raya yang rancak serta menampilkan kelainan tersendiri.

    Malah, netizen turut terhibur dengan usaha berterusan Aliff yang dilihat tidak pernah gagal mencuri tumpuan setiap kali musim perayaan.

    Sumber: Youtube

    The post [VIDEO] Aliff Syukri Tampil Dengan Lagu Raya ‘Mama Papa Raya’, Netizen Approved – ‘Tahun Ni Sedap!’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah