28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aliff Syukri Hadiahkan Kereta Mercedes-Benz Kepada Isteri, Tanda Penghargaan Setiap Hari Buat ‘Live’ Meniaga

    Shopee Sale



    Usahawan Datuk Aliff Syukri menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz GLC 300 kepada isterinya, Datin Seri Nur Shahida sebagai tanda menghargai usaha keras membuat ‘live’ setiap hari.

    Bersyukur pada suami

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid meluahkan rasa syukur kepada suami, Aliff Syukri atas pemberiannya.

    Alhamdulillah saya bersyukur sangat hari ini. Dapat kereta baru dari suami (Aliff Syukri).

    Katanya hasil kerja keras live setiap hari tanpa jemu. Kereta idaman yang dah lama saya impikan.

    Agak luas sikit berbanding kereta lama. Anak pula semakin membesar.

    Dalam pada itu, Shahida turut berterima kasih kepada semua yang selalu menyokong produk keluarannya selama ini.

    MENARIK:  Jurusolek Jeni Shakri Mohon Maaf Secara Terbuka, Selesaikan Kemelut Dengan Aisyah Ai Team

    Menjengah ke ruangan komen, ibu mentua Shahida iaitu Bonda Rozita dilihat mendoakan pasangan itu untuk kekal bersama selamanya.

    Bahagia selalu ada pada sabar dan setia.

    Mak selalu harap keluarga Shahida kekal sampai ke Jannah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah