Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai ketegangan yang berlaku melibatkan jurusolek terkenal, Jeni Shakri, dengan pempengaruh, Siti Aisyah iaitu salah seorang bakat dari Ai Team.
Kak Jeni mohon maaf

Menerusi hantaran di Threads, Jeni tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Aisyah dan semua pihak yang terlibat.
Saya dah selesaikan semua permasalahan saya dengan Aisyah.
Sementara itu, berdasarkan tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, Jeni memohon agar Aisyah membantu menghentikan pengikutnya daripada terus menghina dan melibatkan ahli keluarganya dalam isu tersebut.
Kak Jeni mohon sangat Aisyah hentikan crowd Aisyah dari menghina sampai bawa keluarga Kak Jeni.
Semoga Allah permudahkan urusan Aisyah sekeluarga dan juga Kak Jeni segala tomahan dan hinaan kepada keluarga Kak Jeni, susah untuk Kak Jeni terima. Mohon maaf.
Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Jeni menjelaskan bahawa dia menghargai segala teguran daripada orang ramai dan menjadikan kejadian ini sebagai satu pengajaran.
Sebelum ini, perselisihan faham itu tercetus apabila Jeni meminta Aisyah membantu mengangkat tiga beg peralatan solek serta kerusi ke tingkat sembilan (lokasi solek).
Namun, Aisyah memilih untuk membatalkan tempahan dan menghalalkan wang deposit sehari sebelum hari kejadian.
Susulan daripada itu, Jeni memuat naik hantaran beremosi di media sosial dan meluahkan rasa terkilan dengan sikap pempengaruh itu.
Sumber: Threads Kak Jeni
The post Jurusolek Jeni Shakri Mohon Maaf Secara Terbuka, Selesaikan Kemelut Dengan Aisyah Ai Team first appeared on OHBULAN!.





