
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Sri Aliff Syukri akan memberikan ‘ceramah’ kepada anak-anaknya setiap kali pergi beraya ke rumah sanak saudara.
Akan bagi ceramah sepanjang perjalanan
Menerusi program temu bual Borak Seeni, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman memaklumkan dia juga akan menegur kesalahan anak-anaknya supaya dapat menerapkan budi pekerti serta adab sopan dalam diri mereka.
Ini jujur ya, serius dan bukan konten. Kalau nak pergi beraya rumah orang, saya akan berikan ceramah agama terlebih dahulu kepada anak-anak saya.
Misal kata perjalanan itu dua jam, maka selama itulah saya akan beri ceramah.
Contohnya, nak beraya rumah bapa saudara mereka jadi pertama sekali yang akan saya pesan ialah perlu bersalaman dengan semua orang.
Kedua, jangan tegur rumah orang. Kadang-kadang anak saya ini tak biasa dan akan terkeluar dari mulut mereka, ‘Panaslah rumah ini’.
Kalau saya dengar mereka macam itu, saya akan ‘sound’. Ketiga, bila makan tolong angkat pinggan ke dapur dan basuh.
Di akhir perkongsian, Aliff turut menasihati orang ramai menggunakan peluang yang ada untuk menziarahi sanak saudara tanpa melihat kepada harta benda yang dimiliki sebaliknya, berayalah dengan hati yang ikhlas.
Bagi saya perkara yang paling penting ialah keihklasan.
Bila kita pergi ke rumah terbuka yang dianjurkan seseorang, janganlah pula kita sibuk nak tengok barang kemas ke, perabot baru ke lama ke.
Gunakan peluang yang ada itu untuk eratkan hubungan silaturrahim.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji cara didikan Aliff terhadap anak-anaknya.
Komen netizen









