28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Alangkah Bagusnya Kalau Abah Yang Pergi Dulu’ – Bapa Allahyarhamah Athira Auni 

    Shopee Sale

    Bapa kepada Allahyarhamah Nurul Athira Auni mengundang sebak warganet semasa menziarahi pusara anak perempuannya yang maut dalam kemalangan.

    Artikel Berkaitan: Zynakal Terlibat Kemalangan, Kecewa Tiada Yang Datang Bantu – ‘Ada Kekasih Tak Guna, Ada Kawan Tak Boleh Pakai’

    MENARIK:  BUDI95: Nafas Lega Buat Pemandu E-Hailing

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Menangis Kongsi Momen Bantu Mangsa Kemalangan Plaza Tol Bukit Kajang – ‘Minta Maaf Anak Akak Dah Tak Ada, Dia Meraung’

    Sebak pemergian anak

    " data-video-id="7591787056771190036" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @_mairahalim

    Innalillahiwainahirojiun , salam takziah buat keluarga arwah auni . yang tak kenal pun turut sedih atas kepergian kamu si cantik 🥹 #aunitaurus #auni #semuasayangawak

    ♬ original sound – Mairahalim⛓ – Mairahalim⛓

    Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, ucapan dan doa daripada bapa Allahyarhamah menyentuh jiwa rata-rata netizen yang turut terkesan dengan pemergian pempengaruh berusia 21 tahun itu.

    Ujar bapa arwah, lebih baik jika nyawanya diambil terlebih dahulu sebelum anak-anak kerana tidak sanggup menanggung rasa kehilangan yang abadi.

    Tidak lama lagi kita akan menyusul juga.

    Semoga azab kubur tidak menghampiri wahai anakku, belahan jiwa abah.

    Kalau meratapi, abah tak reda kau pergi tapi abah terbayang-bayang wajah kau.

    Allah masih meninggalkan empat orang anak abah.

    Alangkah bagusnya kalau abah yang pergi dulu.

    Netizen turut sebak

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar bapa arwah diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan atas ujian yang menimpanya.

    Imbas kembali, Allahyarhamah Auni maut dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran TMG Mall Bandar Putra.

    Selain itu, arwah dikenali ekoran menerusi perkongsian siaran langsung di Tiktok yang menjadi penebar roti canai di warung bapanya.

    Sumber: TikTok @mairahalim

    The post [VIDEO] ‘Alangkah Bagusnya Kalau Abah Yang Pergi Dulu’ – Bapa Allahyarhamah Athira Auni  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah