27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BUDI95: Nafas Lega Buat Pemandu E-Hailing

    Shopee Sale

    Kerajaan MADANI menepati janji dengan memperkenalkan BUDI MADANI RON95, sebuah sistem subsidi yang disasarkan khusus untuk rakyat Malaysia.

    Inisiatif ini bukan sekadar soal harga murah, ia tentang keadilan, keberkesanan, dan memastikan rakyat menerima manfaat sebenar daripada setiap ringgit subsidi.

    Dengan harga baru RM1.99 seliter, rakyat dapat menikmati subsidi dengan mudah, sementara penjimatan daripada pemansuhan subsidi pukal digunakan untuk program bersasar seperti STR dan SARA.

    Subsidi tepat sasaran, rakyat lebih untung!

    Sebelum ini, subsidi RON95 diberikan secara menyeluruh tanpa sasaran, termasuk bukan rakyat dan syarikat besar. Keadaan ini menyebabkan penyalahgunaan dan kehilangan pendapatan negara melalui penyeludupan dan penggunaan komersial berlebihan.

    Melalui pelaksanaan BUDI95, subsidi kini hanya diberikan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu aktif. Ini memastikan manfaat subsidi benar-benar sampai kepada rakyat, termasuk ribuan pemandu e-hailing yang menggunakan kenderaan setiap hari untuk mencari rezeki.

    Penjimatan untuk manfaat lebih besar

    Pemansuhan subsidi pukal dijangka menjimatkan antara RM2.5 hingga 4 bilion setahun. Penjimatan ini akan digunakan untuk menyalurkan bantuan bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

    Menurut pemandu e-hailing Syahreen, langkah ini juga memberi penjimatan besar buat beliau. 

    Pemandu e-hailing, Syahreen 38

    “Dengan BUDI95, saya harap dapat jimat banyak kos minyak setiap bulan. Kuota tambahan pula memang penting sebab kereta saya jalan hampir setiap hari cari rezeki.” kata Encik Syahreen.

    Bagi pemandu e-hailing, langkah ini memberi kelegaan berganda, dan pada masa sama, penjimatan ini dapat dikembalikan dalam bentuk bantuan tunai kepada keluarga.

    Had bulanan disasarkan berdasarkan kajian

    Setiap rakyat diberikan siling kelayakan bulanan sebanyak 300 liter, mencukupi untuk kegunaan 99% pemandu persendirian. Had ini juga memastikan keadilan dan keberkesanan subsidi dijaga.

    MENARIK:  Kezaliman Mencuri Hasil Keringat Kami Tanpa Izin: Tahap Takboleh Halalkan di Akhirat - Shahrulezad

    Bagi pemandu e-hailing ini pula, kerajaan menyediakan kelonggaran tambahan dengan membolehkan mereka memohon jumlah siling yang lebih tinggi. Ini menyesuaikan subsidi mengikut keperluan sebenar mereka.

    Pemandu e-hailing, Muhamad Alif 30

    “Bagi saya wajar, sebab penggunaan minyak kami lebih tinggi daripada orang biasa.” kata Encik Muhamad Alif.

    Atas sebab itu, pemandu e-hailing boleh memohon tambahan jumlah liter supaya penggunaan petrol mereka lebih seimbang dengan keperluan kerja.

    Ini memberi jaminan bahawa mereka tidak terbeban dan dapat terus berkhidmat kepada pelanggan dengan kos operasi yang lebih terkawal.

    Mudah, automatik dan tak merumitkan

    Semua rakyat Malaysia dengan lesen memandu aktif layak secara automatik tanpa borang atau proses tambahan. Ini menunjukkan kerajaan memudahkan rakyat, bukan menyulitkan.

    Sistem ini cepat, lancar, dan direka untuk memudahkan, rakyat Malaysia terutama para pemandu e-hailing  dengan gaya hidup yang sentiasa bergerak dengan pantas.

    Nikmati keistimewaan subsidi RON95 untuk rakyat Malaysia!

    Dengan penjimatan berbilion ringgit, bantuan langsung kepada rakyat, dan tambahan liter yang ditawarkan khusus kepada mereka yang melakukan banyak perjalanan harian, seperti pemandu e-hailing.

    Pemandu e-hailing boleh menikmati manfaat BUDI MADANI RON95 bermula 30 September 2025. Pastikan MyKad dan lesen memandu aktif kerana subsidi ini boleh membantu meringankan kos harian rakyat Malaysia, termasuk korang yang mencari rezeki di jalan raya setiap hari.

    #BudiMadaniRON95 #ManfaatRakyat

    The post BUDI95: Nafas Lega Buat Pemandu E-Hailing first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah