34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Aku Tak Bergaduh Dengan Orang Tapi Orang Yang Suka Cari Gaduh, Diorang Cemburu’ – Kak KM

    Shopee Sale

    Usahawan sensasi, Kak KM, sekali lagi mencuri perhatian apabila meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang menilai seseorang hanya berdasarkan rupa luaran dan penampilan.

    MENARIK:  Anak Perempuan Alami Ekzema & Alergi Protein Lembu, Zahirah Macwilson Beri Semula Susu Badan

    ‘Aku tak pernah gaduh dengan orang’

    @

    ♬ –

    Menerusi klip video yang dikongsikan semula di TikTok memaparkan Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli menjelaskan bahawa meskipun dirinya tidak berhijab dan sering tampil dengan gaya yang seksi, namun dia tidak pernah menzalimi sesiapa, apatah lagi bergaduh dengan orang lain tanpa sebab.

    Aku tak pernah gaduh dengan orang walaupun korang nampak saya macam ni daripada bertutup muslimah tapi hati macam iblis, tak guna juga.

    Tambahnya lagi, dia kesal apabila masyarakat mudah melabel individu berdasarkan penampilan semata-mata, tanpa melihat kepada sikap dan hati budi seseorang.

    Kau nampak aku rambut kuning, mesti ingat aku selalu gaduh dengan orang. Habis tu kau nak aku buat apa? Nak aku pakai tudung, nampak baik-baik?

    Dalam pada itu. Kak KM turut menempelak pihak tertentu yang menurutnya hanya berpura-pura baik melalui penampilan, tetapi hakikatnya bersikap sebaliknya.

    Ada orang acab pakai tudung tapi hati jahat, munafik.

    Ada yang bertudung tapi ambil duit orang, lagi memalukan.

    Aku walaupun macam ni (tak menutup aurat) tapi tak pernah aniaya orang. Aku tak bergaduh dengan orang tapi orang yang suka cari gaduh dengan aku sebab diorang cemburu tengok kenaikan (kejayaan) aku.

    Ujar Kak KM, dia lebih selesa menjadi diri sendiri, meskipun sering menerima kecaman. Baginya, kejujuran dan tidak menganiaya orang lain adalah lebih utama daripada sekadar menjaga imej baik di hadapan khalayak.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Aku Tak Bergaduh Dengan Orang Tapi Orang Yang Suka Cari Gaduh, Diorang Cemburu’ – Kak KM first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah