30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Nak Jalankan Tanggungjawab Sebagai Abah, Jangan Halang Saya Hubungi Anak-Anak’ – Hafidz Roshdi

    Shopee Sale

    Pelakon Hafidz Roshdi mengharapkan kerjasama baik daripada bekas isterinya, Shuhada Shukri dalam memastikan urusan berkaitan anak-anak mereka dapat berjalan dengan lancar. 

    Hafidz Roshdi nak jumpa anak

    Menerusi hantaran di Instagram Story, pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi menegaskan bahawa dia tidak mahu konflik antara mereka memberi kesan kepada anak-anak, Humairah dan Umar. 

    Awak ada masalah dengan saya jangan libatkan libatkan anak anak. Anak perlu father figure dia juga dan saya dah dapat hak dari mahkamah.

    Menurut Hafidz, dia juga masih mempunyai tanggungjawab sebagai seorang bapa dan mahu memainkan peranan itu sebaik mungkin.

    Malah dia berharap hubungan antara mereka dapat kembali tenang demi kebaikan anak-anak.

    Saya minta maaf atas ape dah jadi pasal benda lepas dari segi kewangan ke emosi ke atau lain-lain yang saya terlepas pandang. 

    Saya tak nak bermusuh dengan awak saya nak hak lawat jumpa Humairah, Umar je.

    Saya dah minta maaf, dah lepas tanggungjawab saya awak nak maafkan ke tak.

    Nak jalankan tanggungajawab

    Bukan itu sahaja, Hafidz turut berharap agar bekas isterinya tidak lagi menghalang dirinya daripada berhubung dengan anak-anak, termasuk membenarkan untuk mereka bertemu.

    Sekarang ni jangan libatkan umar humairah luka dihati awak tu Allah je boleh rawat saya nak jumpa Umar, 

    Humairah nak jalankan tanggungjawab sebagai abah Humairah dan Umar.

    Jangan sekat or halang, saya nak call tanya khabar perkembangan dia. Sila bagi nombor telefon latest Humairah.

    Untuk info, Hafidz dan Shuhada pernah berkahwin pada 30 April 2016 di Perlis, namun mereka sah bercerai pada 24 Februari 2023 selepas tujuh tahun hidup bersama. 

    MENARIK:  [VIDEO] Adam Lee Nafi Ada Masalah Dengan Janna Nick – ‘Kami Sudah Lama Tak Berhubung’

    Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

    Sementara itu, Hafidz juga sudah berkahwin kali kedua dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada yang juga cinta pertama sejak berusia 15 tahun pada Disember 2023 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

    Sumber: Instagram Hafidz Roshdi

    The post ‘Saya Nak Jalankan Tanggungjawab Sebagai Abah, Jangan Halang Saya Hubungi Anak-Anak’ – Hafidz Roshdi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah