
Personaliti TV, Aidid Marcello memaklumkan neneknya tinggal berhampiran dengan kawasan kebakaran membabitkan saluran paip utama Petronas Gas Bhd di Putra Height, Subang Jaya, pada Selasa.
Tak dibenar masuk
View this post on Instagram
Menerusi video di Instagram Stories, Aidid menyatakan dia tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan berhampiran kebakaran itu atas faktor keselamatan.
Doakan mangsa-mangsa yang terlibat. Rumah nenek saya dekat situ, saya tak boleh masuk. Walaupun saya duduk jauh, tetap rasa bahang.
Di hantaran berbeza, Aidid turut berkongsi keadaan kereta-kereta yang dipenuhi serpihan batu kecil dan beberapa bahagian lebur akibat bahang api.
Terdahulu media melaporkan saluran paip di sebuah stesen minyak di Putra Height, dipercayai terbakar, hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kebakaran membabitkan saluran paip gas.





