32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bersungguh nampaknya nak bunuh imej saya – Asyraf

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki menafikan terbabit dalam keputusan Tabung Haji ketika menjadi timbalan menteri selepas kehadirannya pada majlis memeterai perjanjian dengan syarikat pemaju hartanah bermasalah di Arab Saudi, Al-Rawda pada 2017 dipersoalkan.

    Asyraf berkata demikian dalam komen pada hantaran laman Facebook 'Unofficial Info' yang memuat naik gambar majlis tersebut.

    "Wah bersungguh-sungguh nampaknya nak burukkan dan bunuh imej saya dengan cuba kaitkan saya dengan apa juga isu Tabung Haji.

    "Untuk pengetahuan, saya diminta menjadi Ketua Jemaah Haji Malaysia pada tahun 2017 menggantikan YB menteri.

    “Kebetulan saya ada di Makkah, maka saya dijemput mewakili menteri menghadiri majlis tersebut,” katanya.

    Gambar itu menunjukkan Asyraf bersama Pengerusi TH ketika itu, Azeez Abdul Rahim dan beberapa pihak lain hadir dalam majlis pemeteraian perjanjian lanjutan pajakan hotel di Madinah dan Mekah selama 10 tahun antara Tabung Haji dengan syarikat Al-Rawda.

    Perjanjian awal Al-Rawda melibatkan pajakan dari 2015 hingga 2017, dengan Tabung Haji membayar 1.4 bilion riyal Arab Saudi atau kira-kira RM1.5 bilion kepada pihak peranantara bagi memajak empat hotel di Mekah dan Madinah.

    Al-Rawda sepatutnya mengendalikan hotel berkenaan dan membayar Tabung Haji 2.49 bilion riyal Arab Saudi sebagai hasil sewaan, namun gagal membuat bayaran mulai suku pertama 2019. Tabung Haji kemudian merekodkan kemerosotan nilai penuh sebanyak RM1 bilion pada 2024.

    Asyraf menegaskan timbalan menteri tidak mempunyai kuasa terhadap operasi atau proses kelulusan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, termasuk Tabung Haji.

    "Untuk pengetahuan juga, Timbalan Menteri tiada sebarang kuasa untuk terlibat dalam proses mahupun meluluskan apa jua perjalanan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri termasuk Tabung Haji," katanya.

    Asyraf berkata dalam Akta Tabung Haji, pentadbiran dan operasi diuruskan oleh CEO dan pengurusan, manakala Pengerusi dan Lembaga Pengarah menjadi ‘semak dan imbang’.

    Katanya, pengerusi dan Lembaga Pengarah juga menentukan dasar-dasar dan meluluskan polisi-polisi utama sebelum Menteri membuat keputusan akhir setelah mendapat syor daripada Lembaga Pengarah dan Pengurusan.

    MENARIK:  Anwar: Tak wajar kata negeri pembangkang ‘anak tiri’ Madani

    Asyraf berkata perkara itu menjelaskan mengapa dia daripada tidak dipanggil memberi keterangan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau agensi penguat kuasa.

    "Sebab itulah daripada awal sebagai Timbalan Menteri saya tidak pernah dipanggil hatta untuk disoal siasat samaada oleh Suruhanjaya DiRaja mahupun pihak Berkuasa samaada polis, SPRM mahupun LHDN, kerana saya bukan pihak yang punya sebarang kuasa atau terlibat secara langsung ataupun tidak.

    "Bahkan Laporan RCI Tabung Haji juga tidak langsung menyebutkan dan membabitkan saya sebagai Timbalan Menteri," katanya.

    Pelaburan bermasalah

    Persoalan mengenai penglibatan Asyraf timbul selepas Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan memberitahu Dewan Rakyat pada 11 Ogos bahawa Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co Ltd mencatatkan kerugian terbesar antara 14 pelaburan bermasalah Tabung Haji.

    Kesemua pelaburan itu mengakibatkan kerugian hampir RM13 bilion, termasuk RM10.2 bilion ditanggung kerajaan menerusi penyelamatan oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd pada 2018 dan RM2.6 bilion kerugian kemerosotan nilai ditanggung Tabung Haji antara 2018 hingga 2025.

    Amir Hamzah berkata Jabatan Pengurusan Risiko TH sebelum itu telah meminta jaminan bank bagi pelaburan Al-Rawda, namun jaminan berkenaan gagal disediakan, manakala laporan usaha wajar juga tidak lengkap.

    Bagaimanapun, katanya, kepimpinan TH ketika itu tetap meneruskan urus niaga berkenaan dengan hanya bersandarkan nota janji tersebut, sekali gus meletakkan lebih RM1.5 bilion dana pendeposit dalam pelaburan tanpa cagaran bernilai.

    “Apa yang ada dalam tangan Tabung Haji hanyalah nota promissory (nota janji)… Ini urus niaga yang terang-terang cacat sejak awal, berat sebelah dan gagal melindungi kepentingan umat Islam Malaysia,” katanya.

    Amir Hamzah berkata pihak penyiasat perlu menentukan siapa yang mendapat manfaat daripada transaksi itu dan kepentingan siapa yang sebenarnya dilindungi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah