Pelakon Aida Aris menerima kecaman netizen ekoran tindakannya yang dianggap tidak menjaga sensitiviti semasa menziarahi rakan selebritinya, Amyza Adnan yang baru kehilangan anak sulungnya, Andre Mikhail, pada malam Isnin.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Diam Bukan Takut. Aku Diam Sebab Mak Pernah Pesan Biar La Orang Buat Kita’ – Aida Aris
Artikel Berkaitan: Amyza Aznan Ralat Tiada Di Sisi Andre Mikhail Ketika Hembus Nafas Terakhir – ‘Ramadan Ini Sangat Perit’
Buat live
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aida atau nama sebenarnya Siti Rohaida Mat Aris, 53, dilihat membuat siaran langsung bersebelahan jenazah, Andre Mikhail.
Dalam siaran langsung tersebut, Aida memaklumkan keadaan Amyza yang masih belum sempat melelapkan mata dan berada di sisi jenazah anak sulungnya.
Dia belum tidur lagi.
Kita bagi kak Amyza tidur dengan arwah.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mencetuskan amarah dalam kalangan netizen yang menganggap tindakannya tidak bersesuaian mengikut situasi.
Netizen tegur




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati pelakon berusia 53 tahun itu untuk menjadi sensitiviti keluarga arwah yang sedang berduka dengan pemergian insan tercinta.
Terdahulu, Allahyarham Andre Mikhail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada jam 10.40 pagi, selepas disolatkan di Masjid Al Khairiah, Keramat AU3, Kuala Lumpur.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada jam 10.15 malam Isnin akibat kanser paru-paru.
Sumber: TikTok @AidaAris
The post [VIDEO] Aida Aris ‘Live’ Di Sisi Jenazah, Netizen Tegur Soal Adab – ‘Tolong Hormat Keluarga Arwah’ first appeared on OHBULAN!.





