31.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada bukti kukuh, SPRM tutup siasatan rasuah Xavier Jayakumar

    Shopee Sale

    SPRM memaklumkan dua kertas siasatan melibatkan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar pada 2021 selesai dan diklasifikasikan sebagai Kemas Untuk Simpan (KUS).

    SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat pada 2024 oleh Timbalan Pendakwa Raya selepas penelitian dan siasatan menyeluruh terhadap fakta, dokumen serta keterangan berkaitan mendapati tiada keterangan mencukupi untuk menuduh bekas menteri itu.

    SPRM memaklumkan siasatan terhadap dua kertas siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 itu selesai selepas penelitian terhadap maklumat dan keterangan yang diperoleh dilaksanakan secara menyeluruh.

    MENARIK:  Dharma Madani dibuka esok, kuil Hindu dijemput mohon

    “Tempoh sesuatu siasatan bergantung kepada kompleksiti kes serta keperluan untuk mendapatkan, meneliti dan mengesahkan maklumat serta keterangan berkaitan.

    “SPRM menegaskan setiap siasatan dijalankan secara profesional, telus dan berdasarkan fakta serta keterangan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu.

    Sehubungan dengan itu, SPRM meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berhubung perkara tersebut memandangkan siasatan selesai.

    Xavier sebelum ini disiasat SPRM susulan penahanan seorang rakannya kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat bagi projek yang dianugerahkan kepada mereka semasa menjawat jawatan menteri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah