Penyanyi dan pengacara, Datuk AC Mizal berkongsi pengalaman ‘ragging’ ketika zaman sekolahnya di sebuah pusat pengajian tentera.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] AC Mizal Berterima Kasih Pada Ajai, Hubungan Dalam Keadaan Baik – ‘Kami Tak Terasa & Tiada Sakit Hati’
Artikel Berkaitan: AC Mizal Kecewa Dengan Kenyataan Ajai – ‘Seakan Nak Tutup Periuk Nasi 4U2C’
Pengalaman ragging
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, AC atau nama lengkapnya Mizal Zaini berkata, tradisi ‘ragging’ adalah perkara yang dinormalisasikan semasa zamanya menjadi pelajar.
Saya pernah jalan itik 5km, kaki tak boleh bangun.
Dulu tangan saya habis sebab tekan tubi atas jalan raya.
Puting kawan saya satu tiada, kena ketip.
Kaki saya dulu pernah dicuba dengan pisau panas. Untuk tengok pisau itu tajam ke tidak. Dia kikis.
Tidur berdiri.
Perkara ini normal.
Dalam pada itu, AC menegaskan bahawa dia tidak pasti keadaan sekarang jika masih dinormalisasikan tradisi sebegini atau tidak.
Sumber: TikTok @dol’s podcast
The post [VIDEO] AC Mizal Kongsi Pengalaman ‘Ragging’ – ‘Puting Kena Ketip & Kaki Dikikis Pisau Panas’ first appeared on OHBULAN!.





