35.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    OAG, Band Indie & Penyair Terkenal Bakal Meriahkan AKAR//NEXT 2026! Gabung Muzik, Seni & Budaya Nusantara

    Shopee Sale

    Budaya dan kreativiti Nusantara bakal diraikan menerusi AKAR//NEXT 2026 iaitu sebuah festival budaya kontemporari yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 30 Oktober hingga 1 November ini di Central Market, Kuala Lumpur.

    Artikel Berkaitan: Radhi OAG Utamakan Sakinah Mawaddah Dalam Hubungan Percintaan – ‘Dah Lama Kenal Wanita Itu’

    Festival Budaya Kontemporari

    Dianjurkan oleh Goodseed Event, festival yang membawa tema “One Root. Infinite Futures.” itu menggabungkan pelbagai elemen termasuk muzik, seni, fesyen, makanan, produk kreatif, aktiviti komuniti dan pengalaman digital.

    Ketua Pegawai Eksekutif Goodseed Event, Hilli Fahmi berkata, AKAR//NEXT diwujudkan bagi mengetengahkan budaya dalam bentuk yang lebih segar dan dekat dengan generasi masa kini.

    AKAR//NEXT lahir daripada idea untuk membawa akar budaya kita ke satu ruang yang lebih segar, terbuka dan relevan dengan generasi hari ini.

    Kami mahu menunjukkan bahawa budaya bukan sesuatu yang statik atau hanya untuk dikenang, tetapi boleh terus berkembang melalui muzik, seni, fesyen, kreativiti dan teknologi.

    Melalui tema ‘One Root. Infinite Futures.’, kami melihat satu akar sebagai permulaan kepada pelbagai kemungkinan. AKAR//NEXT adalah ruang untuk meraikan apa yang telah membentuk kita, sambil memberi peluang kepada generasi baharu untuk mencipta apa yang akan datang seterusnya.

    Hilli berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran AKAR//NEXT yang berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Menariknya, AKAR//NEXT 2026 turut diserikan dengan penampilan kumpulan terkenal OAG selain beberapa band indie tanah air serta penyair dan penyajak terkenal yang bakal memeriahkan festival berkenaan.

    MENARIK:  [VIDEO] Shaniena Natasya Ada Sebab Sendiri Pakai ‘Handbag Fake’ – ‘Bukan Benda Yang Patut Dibeli Kerana Umur Masih Muda’

    Pelbagai pengisian menarik

    Dalam pada itu, Hilli berkata, AKAR//NEXT juga merupakan festival terbesar yang pernah dianjurkan Goodseed Event dan menjadi satu cabaran dalam menyatukan pelbagai elemen dalam satu pengalaman yang mempunyai identiti tersendiri.

    Goodseed Event telah menganjurkan pelbagai acara dan festival sebelum ini, dan pengalaman tersebut banyak membantu kami dalam membangunkan AKAR//NEXT. Namun, kami tidak menafikan bahawa AKAR//NEXT merupakan festival terbesar yang pernah kami usahakan.

    Ia merupakan satu cabaran besar untuk kami, bukan sahaja dari segi skala, tetapi juga dalam menyatukan pelbagai elemen seperti muzik, budaya, seni, komuniti dan kreativiti ke dalam satu pengalaman yang mempunyai identiti tersendiri.

    Kami mahu memastikan apa yang kami bayangkan dapat direalisasikan dengan sebaik mungkin dan memberikan pengalaman yang bermakna kepada pengunjung, rakan kerjasama serta semua yang terlibat.

    Sepanjang festival, pengunjung berpeluang menikmati persembahan muzik, DJ, muzik elektronik, persembahan kebudayaan, seni visual, tekstil, kraftangan, fesyen serta pelbagai produk kreatif tempatan.

    AKAR//NEXT turut menawarkan bengkel dan aktiviti kreatif selain ruang pasaran yang menghimpunkan pengusaha serta jenama tempatan.

    Festival berkenaan akan berlangsung dari siang hingga malam, dengan aktiviti lebih santai dan mesra keluarga pada sebelah siang sebelum bertukar kepada suasana lebih bertenaga menerusi persembahan muzik dan pengalaman digital pada waktu malam.

    AKAR//NEXT 2026 akan berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November 2026 di Central Market, Kuala Lumpur.

    The post OAG, Band Indie & Penyair Terkenal Bakal Meriahkan AKAR//NEXT 2026! Gabung Muzik, Seni & Budaya Nusantara first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah